Tag Archives: blog eyriqazz

Check List 20 Penyertaan Bonus Raya Aidilfitri 2012 by Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni terasa nak buat siasatan dekat blog denaihati berkenaan dengan contest beliau yang bertajuk Bonus Raya Aidilfitri 2012. Emm aku teruja sangat nak buat siasatan tu sebab aku nk ketahui blog pondok kecil duduk di penyertaan yang ke berapa. Adakah masuk kategori 20 penyertaan pertama?

Akhirnya persoalan aku terjawab la. Hasil siasatan mendapati blog pondok kecil berada pada kedudukan yang amat jauh kebelakang. Sekali ganda dari syarat yang ditetapkan. Betul sangkaan aku. Blog yang terkenal macam blog denaihati ni, 5 minit entri disiarkan, dah dekat 100 pelawat. Adoiii. Tapi tak apala sekurang-kurangnya persoalan aku terjawab juga. Masih ada peluang untuk menang. Bak kata rakan blogger, kalau dah rezki tu tak kan kemana.

Continue reading

Eyriqazz Vs Denaihati – 6 Hari Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama rasanya aku tak hiraukan contest eyriqazz vs denaihati ni. Tak ada sebab yang munasabah yang perlu aku terangkan kenapa aku berkelakuan sebegini. Mungkin ilmu belum khatam lagi dalam selok belok SEO ni, membuatkan hati aku sedikit terganggu. Tapi apa-apa pun selagi ada masa, selagi diberi ruang, perjuangan mesti diteruskan. Bak kata rakan blogger, ” Agi Hidup Agi Ngaban “.

Tinggal beberapa hari je lagi untuk contest ni berlangsung. Dan keyword eyriqazz vs denaihati pondok kecil masih lagi tak menunjukkan petanda positif untuk berada di halaman pertama google. Hehe. Biasa la perahu kecil sekali dipukul ombak, sekali bergoyang. Mereka yang join contest ni bukan calang-calang orang. Masing-masing mempunyai skill dan kemahiran yang tersendiri. Kalau tak ada skill macam mana blog forblogger, blog Cik Tom dan Blog Profhafiz boleh berada pada ranking yang amat memuaskan di halaman google. Kan?

Emm skill apa yang mereka pakai ni yer. Huhu

Continue reading

Ketabahan Ibu Tunggal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita senang? Kita kaya? Ingat… Ada lagi orang yang senang dan kaya dari kita.

Kita susah? Kita miskin? Jangan lupa… Ramai lagi yang susah dan miskin dari kita.

Dalam meniti arus kehidupan, sering kali kita terlupa. Terlupa dalam mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Ilahi. Tidak kiralah nikmat kesihatan, nikmat kesakitan, nikmat kesusahan dan sebagainya. Ingatlah setiap kali kita diuji setiap kali itu lah Allah tunjukkan betapa sayangnya Allah pada kita. Jangan bersedih untuk setiap dugaan yang hadir dalam diri kita sebaliknya terima lah dengan hati terbuka dan penuh redha menempuh dugaan itu dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang hamba yang penuh dengan nilai kesyukuran.

Sumber : Google

Entri kali ni sedikit feeling aku rasa. Sebabnya hati aku sebak dan mata aku juga sempat menitiskan air mata 2,3 titik. Nasib dan cover. Kalu tak, tak pasal-pasal aku nangis petang-petang ni. Haha.

Continue reading

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Pondok Kecil?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ni ditulis bertujuan untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Rakan Blogger iaitu JebengOtai. Diwaktu kekalutan Contest Eyriqazz vs Denaihati berlangsung di halaman Google sekarang ini, timbul pula contest yang seakan sama tetapi berlainan hadiahnya. Contest yang mana memerlukan pendapat mengenai Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Mungkin aku rasa pendapat yang ikhlas kot.

Contest Eyriqazz vs Denaihati – Mendapat Sambutan Hangat

Dari pemerhatian aku, contest ini makin hari, makin mendapat sambutan. Keputusan untuk carian keyword Contest Eyriqazz vs Denaihati telah meningkat di halaman Google. Aku terlupa berapakah angka semasa contest Contest Eyriqazz vs Denaihati sedang baru berlangsung. Tengok sajalah result terkini di halaman Google untuk contest ni iaitu “About 148,000 results“.

Contest Eyriqazz vs Denaihati – Dapat Menimba Pengalaman

Haha. Rata-rata blog yang telah aku lawati memang banyak dan rancak menceritakan tentang contest ini. Dulu seawal contest ni berlangsung, aku terjah ke blog Cik Tom. Sebabnya, blog Cik Tom telah mendapat ranking pertama untuk entri Contest Eyriqazz vs Denaihati. So, aku terjah ke blog Cik Tom. Konon nya mahu mencari tips la berkenaan dengan SEO ni. Orang kata, sambil menyelam sambil minum air.

Semasa entri ini ditulis, blog Azri Johan telah mendapat perhatian di halaman Google. Wahh tak kusangka walaupun blog ini beralamatkan blogspot.com, namun kekuatan keyword Contest Eyriqazz vs Denaihati memang tidak dinafikan hebatnya.

Rupanya betul la blog yang guna blogspot mempunyai kelebihan tersendiri untuk memenangi contest yang berkait dengan teknik SEO ni. Sumbe : Di sini. Terdetik dihati bilakah entri pondok kecil akan jadi macam ni. Hehe. Tak apa la. Rezeki kalau dah ditakdirkan untuk aku, tak kan kemana kan. Yang penting doa selalu supaya berjaya menguasai teknik SEO ni.

Contest Eyriqazz vs Denaihati – Blog Earncent Buat Novel

Haha. Aku teruja betul dengan Encik Titan ni. Maklumla kan, dari Contest Eyriqazz vs Denaihati, dia boleh pula membuat entri seakan-akan novel. Siap ada part lagi tu. Memang terbaik la pemikiran Encik Titan ni. Aku sendiri tak tercapai akal untuk memikirkan ideal. Dia senang-senang jer mengarang. Hehe.

Giveaway JebengOtai ditaja oleh Earncent.com, Sjiehan, Puan BeeNurmisnan, KartikelAkhiyyBudak FeldaCik Tom, Hati PuteraShaharil, PapaMifz, Bumilangkawi.com dan Langkawihomestay.net