Tag Archives: blog hafizmd

Top Komentator Mei 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum Dan salam Sejahtera.

Salam kemaafan dari aku selaku pengurus Pondok Kecil kerana terlewat menerbitkan artikel yang bertajuk Top Komentator Mei 2013 Pondok Kecil. Empat hari terlewat bukanlah satu tempoh masa yang mengembirakan. Masalah Sim BB Yang Mengada-Ngada masih belum selesai membuatkan hati ini tak keruan untuk bersama Pondok Kecil. Namun kekasih hati Alexa sedikit sebanyak memberikan aku semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum ada kesudahannya.

top komentator pondok kecil

Alhamdulillah. Semoga terus menunjukkan perubahan yang positif.

Continue reading

Macam Mana Nak Mengekalkan Pagerank Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah Pondok Kecil mendapat status Pagerank 2, terasa jugalah dihati macam mana nak meningkatkan PR sedia ada kepada PR yang lebih baik. Macam mana nak mengekalkan pagerank sedia ada agar tidak sesekali turun. Aku tahu mood aku untuk berblogging sekarang ni ada sedikit ketidakseragaman dari segi emosi, ideal dan masa. Haha.

Lepas sahur tadi aku berfikir macam mana nak mengekalkan pagerank blog. Terus aku plugin modem broadband. Tapi frust teramat sangat sebab line slow. Sekaligus mematahkan semangat aku untuk terus selongkar halaman google. Kalau ada pilihan kedua yang lebih baik, dah lama aku fired broadband ni. Haha.

Pagi ni aku search lagi berkenaan dengan keyword macam mana nak mengekalkan pagerank blog. Tapi hati aku terus beralih arah bila terjebak kedalam beberapa artikel seperti gambar diatas. Aku tertarik dengan tips yang diberikan oleh owner blog mialiana.com. Sangat bagus bagi mereka yang sedang ketandusan ideal untuk kemaskini blog. Hehe. Dan macam biasa fikiran aku terus teringat pada entri Denaihati yang bertajuk Ideal Untuk Blogger Baru.

Continue reading

Gambar kulit durian

Wahhh Syok Nya Dapat Makan Pulut Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena dengan musim durian yang telah tiba, menu pulut durian ni selalu menjadi igauan aku. Mana tak nya. Dah memang makanan kegemaran aku. Apa boleh buat. Memang sedap makan pulut durian ni dicampur pula dengan isi durian yang manis dan lemak berkrim.

Sekarang menu kegemaran aku ni dah diperturunkan kepada anak aku pulak. Tak sangka anak aku pun suka makan pulut durian ni. Puas hati la kalau suapkan dia. Hehe. Betapa gembiranya hati seorang ayah bila melihat anak kesayangan makan pulut durian dengan penuh kenikmatan sekali.

Gambar kulit durian

Antara durian yang jadi mangsa

Lebih kurang 5 biji buah durian aku korbankan untuk dimakan bersama pulut durian. Hehe.

Gambar Isi Durian

Sedapnya isi durian ni. Ada yang kuning ada yang putih. Hehe

Emm isi durian yang mengiurkan. Ada yang terasa macam susu penuh krim. Berbagai-bagai rasa isinya untuk dimakan bersama pulut durian.

Gambar pulut durian

Jom makan pulut durian

Haha. Akhirnya masa untuk makan pulut durian. Gambar yang aku ambil ni tak menarik mana sebab masa ni dah tak sabar-sabar untuk makan pulut durian.

Kalau korang nak tahu lagi cerita pasal pulut durian ni boleh la melawat rakan blogger ni. Blog Yusri. Aku tengok ada jugak resipi yang dimasukkan dalam entri Saya Suka Pulut Durian.

p/s : Kepada rakan blogger hafizmd tu, sila lah meratap entri ni ye. Hehe. Nanti pergi la cari durian tu. Buat hilang terliur. Lagipun puasa tak lama dah. Hehe. Kan kempunan pulak.