Tag Archives: blog hatiputera

Menang Giveaway Dari Blog Popular

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah rezeki pondok kecil dapat hadiah dari blog popular, hatiputera.com. Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan giveaway yang menarik macam ni. Tahniah juga diucapkan kerana beliau dengan jayanya berjaya melancarkan giveaway yang mendapat sambutan hangat. InsyaAllah ada rezeki lebih, pondok kecil pun ingin juga membuat contest untuk meraikan sokongan rakan blogger sekalian. Apa beza contest dengan giveaway yer?

Menang giveaway dari blog popular

Kredit : Laman Murai

Continue reading

Pengalaman Membina Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman membina pondok kecil sudah semestinya tidak pernah aku lupakan. Walaupun seminit, ia tetap segar bermain dalam kotak fikiran. Andai hati dan fikiran berada dalam ketenangan, pastinya halaman pondok kecil sentiasa menjadi mainan fikiran. Bukan aku terlalu teruja dengan blog aku, tapi aku terlalu memikirkan apakah masalah dan apakah cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Berbekalkan sedikit ilmu di dada, sudah semestinya keputusan yang aku buat ini amat sukar untuk diterima oleh akal fikiran yang waras. Namun sedikit pendedahan berkenaan hal-hal perkomputeran, telah memberi aku semangat untuk membuat satu halaman bertemakan kehidupan dalam alam maya. Agar apa yang hendak aku ceritakan ini dijadikan bahan bacaan yang dikategorikan sebagai bahan kelakar, bahan sedih dan bahan yang amat membosankan.

Segala-galanya mungkin terjadi jika diselitkan dengan usaha yang tak pernah mengenal erti putus asa. Seawal penubuhan blog pondok kecil, aku begitu bersemangat dalam mempelajari selok belok dunia blogging. Banyak masa dikorbankan demi memenuhi slogan pondok kecil iaitu di sini impian bermula. Slogan ini aku fikir logik untuk diletakkan bersama kerana blog pondok kecil adalah langkah pertama untuk aku menggapai impian aku. Maka lahirlah Pondok Kecil – Di Sini Impian Bermula.

Continue reading

Gambar SEO - eyriqazz vs denaihati

Eyriqazz vs Denaihati – Luahan Hati Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Eyriqazz vs Denaihati. Sudah tiga minggu cabaran ini berlangsung. Dan selama 2 minggu Pondok Kecil join contest ni, tak banyak teknik SEO yang mampu di kuasai. Dulu aku tak tahu langsung apa itu SEO. Sampai kan contest Lelaki Kacak yang dianjurkan oleh rakan blogger Titan, terkubu begitu sahaja. Dek nipisnya ilmu untuk menguasai teknik SEO.

Gambar SEO - eyriqazz vs denaihati

Sumber : Google

Lain pula dengan contest Eyriqazz vs Denaihati. Dari pemerhatian aku berkenaan dengan cabaran Eyriqazz vs Denaihati ni, perbanyakkan entri berkenaan dengan keyword Eyriqazz vs Denaihati. Sama juga dengan rakan blogger seperti Titan, Puanbee dan Cik Tom. Kalau kita tengok dalam blog mereka ni, entri berkenaan dengan Eyriqazz vs Denaihati memang banyak dihasilkan. Tu tak termasuk lagi entri Eyriqazz vs Denaihati yang diletakkan di ruangan sidebar. Mungkin ini juga adalah salah satu tips untuk menguasai SEO.

Gambar eyriqazz

Sumber : Facebook eyriqazz - Lepas edit

Untuk menguasai teknik SEO ni, adala 2,3 perkara yang aku cuba praktikkan. Antaranya install plugin WordPress SEO. Plugin ini aku tengok bagus juga. Ia boleh membimbing kita dalam meletakkan keyword dalam entri. Tapi aku tak pandai untuk setting plugin ni dan banyak masa aku habiskan untuk study plugin ni. Sampaikan aku terlupa yang aku ada tanggungjawab yang lebih besar dari ni iaitu blog walking. Hehe.

Sumber : Google

Bagi mereka yang berperasaan dan perasan, mesti tertanya-tanya kenapa aku tak melawat blog mereka. Kalau dulu antara aktiviti yang aku paling suka adalah blog walking. Sampaikan aku boleh menang dalam Top Comentator anjuran rakan blogger, hatiputera. Disebabkan contest Eyriqazz vs Denaihati ini juga, aku boleh bermesra dengan Titan melalui Facebook, Cik Tom, Puanbee dan saudara Eizil melalui emel. Terima kasih. Korang memang peramah.

Dalam duk kalut belajar teknik SEO ni, aku tersentuh dengan entri Titan. Sungguh-sungguh menyayat hati aku. Penulisan dan gaya bahasa yang digunakan menusuk ke jiwa. Di saat aku kecewa kerana gagal untuk menguasai sedikit ilmu SEO, akhirnya entri Titan ni membangkit semula semangat aku. Aku tahu bukan senang nak senang.

p/s : Sekadar luahan hati buat mereka yang senasib