Tag Archives: blog jebeng otai

Windows 7 Blue Screen – Error 0x0000007b

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama rasanya aku tinggalkan sudut komputer di halaman pondok kecil ini. Aku ingat nak luput terus jer cerita ni dari masuk ke halaman pondok kecil. Tapi rasa macam rugi pula. Mungkin disebabkan cerita macam ni adalah satu cerita dan sudut yang tak akan basi. Dan ia akan laku sampai bila-bila selagi komputer itu wujud.

Tak banyak entri yang aku hasilkan dalam sudut komputer ni. Sebabnya aku jarang-jarang jer baiki komputer sekarang ni. Kalau nak dibandingkan dengan kerja tempat lama dengan tempat kerja sekarang ni, banyak ilmu yang aku dapat dari kerja lama tu. Ilmu berkenaan dengan permasalahan komputer. Tapi tak kisah la kan. Ilmu tu boleh cari mana-mana jer atas muka bumi ni. Sifu yang paling dekat dengan aku adalah internet. Hehe.

4 entri sahaja yang aku hasilkan sampai bulan Ogos ni berkenaan dengan komputer. Hehe.

Continue reading

Dapat Kad Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan blogger yang akan menyambutnya. Sempena raya yang bakal tiba tak lama lagi, aku nak pohon kemaafan andai aku pernah membuat korang semua terguris hati. Dalam membuat BW ke halaman blog rakan blogger, mungkin ada komen pondok kecil yang tidak memuaskan hati korang semua. Aku mintak maaf yer, 0-0. Ok.

Kelmarin dapat kad raya dari owner blog mahamahu.com. Terasa kembang kempis jer lubang hidung ni. Haha. Maklum la dah lama tak dapat kad raya. Last dapat kad raya masa tamat tingkatan 5 hari tu pada tahun 2003. Sekarang dah tahun 2012. Lama giler tak dapat kad raya. Terima kasih pada tuan punya blog mahamahu.com.

Continue reading

2 Hari Blog Tak Update, Tetiba Dapat PR2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama aku tinggalkan Pondok Kecil ni. Tetamu pun macam biasa la. Bila dah tuan rumah tak adakan majlis makan dan santai, sedikit je la yang sudi singgah di halaman Pondok Kecil. Hehe. Tak apa la. Janji tetamu setia selalu jer singgah di Pondok Kecil. Terima kasih semua.

Setelah berjaya menang tempat pertama hadiah saguhati Top Up dari contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Pondok Kecil? anjuran Jebeng Otai, aku menyepi seketika. Berangan apakah aku akan jadi juara pula untuk contest Eyriqazz vs Denaihati anjuran Eyriqazz.

Perasaan gembira terasa dihati bila diumumkan sebagai pemenang saguhati. Tak sangka dapat habuan juga Pondok Kecil walaupun entri yang dihasilkan tak la menarik sangat. Inilah yang dinamakan rezki. Membujur lalu melintang patah. Haha. Hajat dihati, duit tu nak simpan biar banyak sikit lepas tu aku nak anjurkan contest. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni juga. Kalau tak ada rezki, bawa ke tahun depan. Hehe.

Sumber : Blog Jebeng Otai

Continue reading