Tag Archives: blog sop

Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop. Entri ini adalah entri yang dibuat khas untuk ditujukan kepada rakan blogger, Sop. Disamping menyertai peraduan yang dianjurkan, entri ini ikhlas dikarang untuk tatapan saudara Sop. Hehe. Tak pernah lagi dalam usia remaja meningkat ke tua ni,  membuat karangan berkaitan dengan ucapan hari jadi. Mungkin zaman persekolah dulu pernah dikarang kot. Aku sendiri pun dah lupa. Mungkin Cikgu Saidi selaku Cikgu Bahasa Melayu tak pernah lupa kot tentang macam mana nak buat kerangka karangan bertajuk hari jadi macam ni.

Untuk menguji kemahiran aku dalam membuat karangan ni, mungkin aku akan cuba buat yang terbaik. Mana tahu kot ada yang berkenan nak upah aku jadi cikgu tusyen ke ataupun cikgu sambilan. Hehe. Jauh panggang dari bara. Begitulah selayaknya untuk menggambarkan angan-angan aku ni. Tapi ada rakan blogger yang cakap, dari angan-angan itulah menjadi kenyataan.

Selamat Hari Lahir

Continue reading

Hadiah Juara Top Komentator Ogos – Review Blog Hatiputera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blog Review memang tidak asing lagi dalam dunia blogging. Banyak kelebihan yang dapat diambil dalam proses membuat blog review. Kelebihan kepada pemilik blog dan juga kepada blog yang dikaji (review). Mengikut pendapat rakan blogger, Sop, ia memberi kelebihan kepada SEO. Itu sebab la blog review penting untuk SEO. Apabila kajian dibuat terhadap sesuatu blog, ini akan memberi ruang kepada aku untuk terus mendalami dan menyelongkar setiap isi dan gaya penulisan blog yang dikaji. Sebabnya, banyak masa yang diperuntukkan untuk membuat blog review ni. Pastinya entri yang tak sempat di baca dapat aku baca satu persatu. Dan masa yang diperuntukkan mestilah lebih lama dari membuat blog walking. Hehe. Tanda penghargaan kepada juara top komentator pondok kecil.

Aku tak pandai sangat dalam membuat kajian berkenaan sesuatu blog. Tak sama blog review aku buat dengan saudara Sop buat. Sebabnya saudara sop lebih mahir dan lebih lama berkecimpung dalam bidang blog review ni. Tengok sahaja dalam blog beliau. Ada ruang khas untuk diletakkan blog review.

Continue reading

Top Komentator Ogos 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Ogos dan berlalu dengan begitu pantas sekali. Bulan yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Warna-warni dek tempias Ramadhan dan Syawal. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan-Nya dan sekaligus dapat mewarnakan lagi kehidupan dalam dunia blogging. InsyaAllah matlamat pondok kecil, pencapaian bulan September lebih baik dari bulan Ogos. Mana tidaknya, bulan Ogos adalah bulan yang paling mendukacitakan dari segi prestasi dan pencapaian blog. Tak sama macam bulan-bulan sebelumnya.

Bulan Ogos merupakan bulan penurunan ranking Alexa pondok kecil. Bulan Ogos juga menunjukkan penurunan statistik dari segi pelawat dan pageviews. Tapi tak apa lah. Penurunan disebabkan itu aku tak kisah sangat sebab memang salah aku pun tak bagi tumpuan pada pondok kecil. Dari segi kaki komen ada sikit peningkatan. Persaingan yang sihat ditunjukkan dalam merebut takhta untuk berada di halaman pondok kecil. Terima kasih pada semua yang sudi meninggalkan komen di setiap cerita dalam pondok kecil. Tanpa korang semua, siapa lah pondok kecil dalam dunia blogging.

Aku hampir terlupa tentang top komentator ni. Akibatnya aku sedikit kalut dalam mencari siapakah pengomen terbanyak untuk bulan Ogos tu. Akhirnya aku selongkar balik widget top komentator dan setting balik tarikh dia. Dan akhirnya aku jumpa jugak pemenang nya. Pemenangnya adalah blog Hatiputera. Terima kasih yer sebab jadi juara top komentator di pondok kecil. Dan hadiahnya, jeng… jeng… jeng…

Continue reading

Blog Review : 1 Hari 1 Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ringkas dan padat jer ni. Haha. Terbaca entri blog rakan blogger, hatiputera yang bertajuk Blog Review di blog sop.name.my. Asalnya memang aku tak faham apakah yang disertai oleh rakan blogger hatiputera ni. Last2 masuk dekat blog tuan punya pun masih juga tak faham. Baca beberapa komen dan melawat beberapa link blog yang terdapat pada komen blog Sop, baru la faham. Aduss..

Untung badan kalau ada orang nak review blog kita kan. Sekurang-kurangnya dapat juga kita perbaiki setiap kelemahan yang terdapat dalam blog kita nanti. Rakan blogger, jom join sekaki. Macam mana nak join?

Caranya senang jer.

1. Buat 1 entry bertajuk “Blog Review di blog sop.name.my

2. Masukkan banner Blog Review: 1 Hari 1 Blog pada entry tersebut

3. Sertakan link entry ini pada banner atau entry

4. Tinggalkan URL entry anda di ruangan komen.