Tag Archives: blog sweetkurma

Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya sempat juga aku menulis Review Buku Blog + Google Adsense = Duit, yang dinanti-nanti oleh rakan blogger sekalian. Berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada Muaz Fariz pemilik blog muazfaris dot com kerana sudi menganjurkan contest dengan memberi hadiah penghargaan yang sangat bernilai. Kemenangan contest Muaz memberikan aku ilmu berkenaan dengan Google Adsense. Memang banyak ilmu berkenaan Google Adsense kalau dicari dalam internet. Tapi kesahihannya belum pasti lagi. Tambahan pula aku ni jenis malas nak mencari. Dengan adanya buku ini, sedikit sebanyak telah memberi aku gambaran keseluruhan berkenaan dengan Google Adsense. Walaupun belum sempat untuk menghabiskan pada mukasurat yang terakhir, namum malam ini aku cuba juga habiskan semata-mata nak kongsi dengan rakan blogger sekalian. Bak kata sweetkurma dot com, berkongsi itu indah.

Buku Blog + Google Adsense = Duit hasil karya Mohd Shamsuriyadi pemilik kepada shamsuriyadi dot com, sangat mudah untuk difahami. Gaya penulisan yang santai dan tidak menggunakan ayat yang sukar difahami, menjadikan aku tertarik untuk membacanya. Walaupun hakikatnya aku sorang yang malas membaca. Itu pasal la Sejarah aku tak pernah nak dapat A. Kalau dapat pun sekadar cukup-cukup makan sahaja. Buku Blog + Google Adsense = Duit mengandungi 10 bab kesemunya dan mempunyai 110 muka surat tidak termasuk kulit. Dalam entri ini, atau entri akan datang, aku akan ceritakan kesemunya dari bab satu sehinggalah bab yang terakhir, bab 10.

Continue reading

Kehidupan Tak Seindah Yang Diharapkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan ini ibarat satu pusingan roda. Dan sentiasa berpusing di atas paksi yang sama. Kehidupan sedikit pun tidak mengendahkan akan kelukaan dan kekecewaan yang di alami manusia. Kenangan dan pengalaman hidup banyak mengajar erti kehidupan. Bagaimana manusia mencorakkan warna-warni kehidupan ini, begitulah kesannya pada perjalanan hidup seorang manusia.

Andai ia dicorakkan dengan warna yang ceria, maka kehidupan tersebut akan di penuhi dengan keceriaan. Dan sebaliknya jika ia mencorakkan warna yang buruk dan hodoh. Kesannya, kehidupan akan selalu bertemu dengan kekecewaan. Dalam hidup ini, kita mempunyai banyak pilihan. Kita bebas untuk memilih jalan kehidupan sejajar dengan rentak dan perkembangan masa kini. Selagi tidak terposong pada jalan yang ditetapkan (Agama).

Jangan selalu termenung nanti ada yang merenung....

Continue reading

Bungkusan Apa Ni? Cam Pelik Jer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tak korang rasa jemu dalam pekerjaan korang? Pernah tak korang rasa korang nak brenti kerja dan mulakan hidup baru sebagai full time blogger? Pernah tak korang simpan angan-angan untuk jadi selesa macam kehidupan Abang Ensem? Pernah tak dalam hidup korang, korang jadi yang terbaik untuk si dia? Sampai si dia sanggup menghadiahkan seorang isteri untuk dijadikan madunya? Walau apa pun jawapannya, korang tepuk dada tanya selera sendiri. Dan jangan lupa untuk berusaha bagi mendapatkan segala yang di impikan.

Rezeki memang sukar untuk di duga. Kekadang ada, kekadang tak ada. Macam chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Selama beberapa hari hati aku terusik dek kekasih hati, Alexa buat hal, kelmarin luka tu bagaikan terubat. Selama-lamanya. Kerana satu bungkusan, ia mampu menjadikan penawar luka dihati. Terima kasih pada yang memberi. Sesuai dengan tagline nya iaitu hidup untuk memberi. Murah rezki aku awal bulan ni. Aminnn.

Mula-mula aku lihat sampul ni, terdetik juga dihati. Bungkusan apa ni, cam pelik jer. Bila pegang jer bungkusan ni, aku dah dapat agak 100%. Ni mesti baju. Wahhh tersenyum lebar untuk seketika.

Continue reading

Tabung Khas Simpan Duit Siling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama aku mencari sesuatu yang boleh dibuat tabung. Kalau kat kedai banyak jer. Tapi aku macam selalu lah. Malas nak beli kat kedai dengan alasan “nanti tabung ni tak bermakna pulak.” Hehe. Aku suka membuatnya sendiri daripada membeli di kedai sebab nilai yang aku akan dapat amatlah tinggi. Buat sendiri, rasa dihargai juga. Walaupun buat untuk diri sendiri. Haha.

Kebetulan petang tadi masa kopak kelapa (koyok nyo), aku tak tau pun yang kelapa ni dah rosak. Sekali penat sebab bila habis semua kulit dah buang, tetiba tengok bontot dia, ada lubang daaa. Haha. Patut la ringan semacam jer kelapa tu. Ada juga goyang-goyang kan kelapa tu, tapi tak de bunyi airnya. Emm aku ingat kan kelapa ni betul-betul dah tua. Mesti gulai bini aku tip top petang ni.

Rupanya ada lubang di punggung dia. Haha. Terus terlintas di fikiran untuk membuat tabung. Duit siling ada la sikit bertaburan atas almari tu. Orang tua kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mana tahu dapat beli si putih gebu nanti. Ni dia Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah. Hehe. Jom layan gambar dibawah.

Tabung Siling

Ingatkan kelapa ni ok. Habis kulit dibuang, bontot pula yang berlubang.

Continue reading

Rakan Blogger Baca Ni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa Bulan Ramadhan. Berbagai ragam dan kerenah manusia dapat diperhatikan tak kiralah di bandar, di kampung, di pasaraya, kedai runcit, pasar borong dan sebagainya. Banyak telatah yang sengaja dibuat bagi menyambut bulan yang penuh dengan kenikmatan ini. Tak lupa juga pada telatah mamat ni.

Sewaktu aku sedang makan tengahari tadi adala sorang mamat tu. Ada ke patut dia tanya tauke kedai macam ni “Bang, minggu depan kedai bukak tak??”

Dengan penuh bersemangat, tauke kedai tu pun jawab “Kedai kita buka sokmo. Kenapa? Nak buat tempahan majlis ke?”

Dan aku dengan selamber, penuh dengan perasaan yang tak malu terus gelak. Muahahahaha!!!

Layan jer la bang. Cari duit sampai tak ingat minggu depan dah nak  puasa. Adoiii kalau kedai bukan melayu ok jugak nak cakap macam tu. Mamat tu pun satu. Yang gatal pergi tanya kenapa. Hahaha. Bila teringt kisah ni secara automatik aku rasa nak ketawa jer. Hahahahaha.

Sumber : Google

Lupakan kisah lucu tu. Aku lihat banyak juga blog-blog yang dah bercerita tentang kehadiran bulan puasa ni. Dengan tarikh melihat anak bulannya, dengan pasar ramadhan nya, dan dengan berbagai-bagai santapan lain lagi. Bersemangat korang yer nak menyambut bulan ramadhan ni.

Dan aku macam biasa bersemangat juga untuk menyiapkan banner flash aku. Walaupun tak cantik dan menarik tapi aku berpuas hati. Lepas ni boleh belaja lagi. Buat menda ni sampai lupa nak melawat blog rakan blogger. Sory yer rakan blogger. Aku tak pernah melupakan blog korang. Cuma masa yang selalu mencemburui aku untuk terus bermanja dengan blog korang. Hahaha.

Tambahan pula sekarang ni, yang aku tahu blog puanbee ada buat contest. Blog Cik Tom pun ada buat contest juga. InsaAllah lepas ni aku boleh la bagi tumpuan pada contest diorang pulak. Aku masuk contest ni tak letak pun harapan untuk menang, tapi aku mahu mempromosikan Pondok Kecil ni jer. Mana tahu dapat backlink percuma kan. Hehe.

Bagi rakan blogger yang beragama Islam, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Time makan ikan bakar tu, ingat la kat Pondok Kecil yer. Time pergi ke bazar ramadhan tu, mata control sikit yer. Jangan membeli ikut hawa nafsu jer. Nanti membazir. Kita ni senang doh. Ingat-ingat la juga pada orang yang susah tu. Makan dua kali sehari pun belum tentu.

Ok???

Flash Banner Ramadhan Khas buat Rakan Blogger