Tag Archives: blog titan

10 Blogger Terbaik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum memulakan penceritaan berkenaan dengan 10 blogger terbaik Malaysia, pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur contest ini iaitu blog ohcikgu.com. Sejujurnya aku belum mengenali siapakah gerangan pemilik blog ohcikgu.com. Sudah lama aku perhatikan. Dari segi gaya penulisan dan gaya penceritaan aku dapat mengagak siapakah dia pemilik blog ohcikgu.com ini. Mungkin apa yang aku ramalkan ini tepat. Hehe. Orang kata hati tak pernah berbohong dan apa yang hati rasa selalunya betul.

10 blogger terbaik malaysia

Continue reading

Impian Dan Perancangan Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Impian Dan Perancangan Pondok Kecil. Awal pagi dikala jauh dari kesibukan kerja, terdetik dihati untuk mencoretkan sedikit nukilan buat tatapan rakan blogger. Nukilan bersahaja untuk menyelesaikan tugasan kedua berkenaan dengan perancangan dan impian seseorang dalam tempoh masa 3 tahun akan datang. Satu tugasan yang memerlukan ketelitian dalam penulisan agar cerita yang ingin disampaikan dapat difahami oleh rakan blogger. Mungkin dalam entri ini, akan menjawab segala persoalan yang terdetik dihati rakan blogger sekalian berkenaan dengan slogan pondok kecil iaitu Di Sini Impian Bermula.

Setiap mereka yang bergelar blogger, aku percaya mereka mempunyai impian. Kalau tak ada impian, mana mungkin terhasilnya sesuatu blog. Tak kiralah impian itu besar atau kecil, semuanya di bina atas satu impian. Di antara beribu impian yang disemat, mungkin terdapat satu impian yang ingin menjadi kenyataan. Semua manusia tidak mempunyai kelebihan dalam memenuhi kesemua impian mereka. Mahukan rumah besar, mahukan kereta besar, mahukan gaji besar, mahukan kehidupan yang mewah dan pelbagai lagi, namun berapa kerap sahaja yang berjaya melengkapkan kesemuanya. Dan semua impian yang disemai itu, jika tidak dibajari dengan usaha dan perancangan yang rapi, ia ibarat angan-angan Mat Jenin sahaja. Bak kata pujangga “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Continue reading

Gambar SEO - eyriqazz vs denaihati

Eyriqazz vs Denaihati – Luahan Hati Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Eyriqazz vs Denaihati. Sudah tiga minggu cabaran ini berlangsung. Dan selama 2 minggu Pondok Kecil join contest ni, tak banyak teknik SEO yang mampu di kuasai. Dulu aku tak tahu langsung apa itu SEO. Sampai kan contest Lelaki Kacak yang dianjurkan oleh rakan blogger Titan, terkubu begitu sahaja. Dek nipisnya ilmu untuk menguasai teknik SEO.

Gambar SEO - eyriqazz vs denaihati

Sumber : Google

Lain pula dengan contest Eyriqazz vs Denaihati. Dari pemerhatian aku berkenaan dengan cabaran Eyriqazz vs Denaihati ni, perbanyakkan entri berkenaan dengan keyword Eyriqazz vs Denaihati. Sama juga dengan rakan blogger seperti Titan, Puanbee dan Cik Tom. Kalau kita tengok dalam blog mereka ni, entri berkenaan dengan Eyriqazz vs Denaihati memang banyak dihasilkan. Tu tak termasuk lagi entri Eyriqazz vs Denaihati yang diletakkan di ruangan sidebar. Mungkin ini juga adalah salah satu tips untuk menguasai SEO.

Gambar eyriqazz

Sumber : Facebook eyriqazz - Lepas edit

Untuk menguasai teknik SEO ni, adala 2,3 perkara yang aku cuba praktikkan. Antaranya install plugin WordPress SEO. Plugin ini aku tengok bagus juga. Ia boleh membimbing kita dalam meletakkan keyword dalam entri. Tapi aku tak pandai untuk setting plugin ni dan banyak masa aku habiskan untuk study plugin ni. Sampaikan aku terlupa yang aku ada tanggungjawab yang lebih besar dari ni iaitu blog walking. Hehe.

Sumber : Google

Bagi mereka yang berperasaan dan perasan, mesti tertanya-tanya kenapa aku tak melawat blog mereka. Kalau dulu antara aktiviti yang aku paling suka adalah blog walking. Sampaikan aku boleh menang dalam Top Comentator anjuran rakan blogger, hatiputera. Disebabkan contest Eyriqazz vs Denaihati ini juga, aku boleh bermesra dengan Titan melalui Facebook, Cik Tom, Puanbee dan saudara Eizil melalui emel. Terima kasih. Korang memang peramah.

Dalam duk kalut belajar teknik SEO ni, aku tersentuh dengan entri Titan. Sungguh-sungguh menyayat hati aku. Penulisan dan gaya bahasa yang digunakan menusuk ke jiwa. Di saat aku kecewa kerana gagal untuk menguasai sedikit ilmu SEO, akhirnya entri Titan ni membangkit semula semangat aku. Aku tahu bukan senang nak senang.

p/s : Sekadar luahan hati buat mereka yang senasib

Gambar komen

Terima Kasih Cik Tom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni nak buat entri ringkas jer dan terima kasih kepada rakan blogger Cik Tom sebab menyedarkan aku tentang kesilapan yang berlaku kepada Pondok Kecil. Tanpa makluman Cik Tom aku rasa sampai bila-bila pun aku tak perasan. Hehe. Maklumla Pondok Kecil usia setahun jagung dan banyak lagi menda yang perlu di pelajari.

Lepas terima emel dari Cik Tom, aku terus check ruangan Spam dalam Pondok Kecil. Terkejut beruk sekejap sebab terdapat 43 komen yang telah dianggap Spam. Haiya kenapa semua ni terjadi. Ramai juga komen rakan blogger yang termasuk dalam kategori ni. Mintak maaf semua. Aku tak perasan.

Gambar komen

Komen yang dianggap Spam

Lepas ni aku harap benda macam ni tak kan terjadi lagi. Bagi mereka yang aku tak balas komen tu, jangan terasa hati ekk. Bukan niat aku untuk mengguris perasaan korang semua. Rakan blogger Titan tu, aku harap kau tak kecil hati ekk. Ada masa jumpa kau, aku pujuk dengan cendol semangkuk. Cukup tak???

Bagi komen rakan blogger lain yang termasuk dalam kategori Spam ni, sekali lagi aku nak mintak maaf. Terima kasih kerana sudi komen di ruangan Pondok Kecil.

Buat Cik Tom, terima kasih banyak-banyak sebab menyedarkan aku akan kesilapan yang tidak disengajakan ini. Terima kasih.