Tag Archives: blog yanmieonline

Kerana Galok + Gatal, Haru Biru Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama sudah rasanya aku biarkan Pondok Kecil ini menyepi tanpa sebarang berita. Walaupun baru 2 hari aku tak update blog, lamanya bagaikan 2 minggu. Setelah blog berada dalam keadaan kritikal, langsung aku tak ada mood untuk menulis. Melawat rakan blogger lagi lah. Komen korang pun baru hari ni aku balas. Haha.

Aku terkenan sangat themes yang semacam blog KMA. Aku tak leh lihat themes ni. Terkenan sangat. Awalnya aku frust jugak sebab themes yang baru ni banyak yang tak jadi. Aku cuba search dalam google. Jumpa la cerita macam mana nak masukkan themes thesis dalam blog. Ceritanya di sini. Disebabkan nafsu aku membuak-buak pada themes ni, blog aku kondem seketika. Sampaikan aku terpaksa delete semua data yang ada dalam server. Sebab tak tau dah nak buat macam mana. Mujur la dah backup minggu lepas. Dah la ambil masa yang lama untuk delete semua data blog dalam server. Hampir 15 minit jugak rasanya. Lepas tu aku cuba download wordpress version 3.4.1.

Pondok Kecil kritikal
Pondok Kecil berada dalam keadaan kritikal

Lepas aku install wordpress 3.4.1 ke dalam server, aku copy jer folder content blog lama ke dalam folder wordpress 3.4.1 tu. Aku ingat cara ni paling senang untuk masukkan semua entri aku yang lepas-lepas. Saat ni aku tunggu hampir 1 jam lebih untuk proses upload file ke server.

Continue reading Kerana Galok + Gatal, Haru Biru Pondok Kecil