Tag Archives: blog zarul umbrella

Pengalaman Pahit

Tajuk Karangan : Pengalaman Pahit

Nama Cikgu : Rosnani abd Wahab

Nama Kelas : Tahun 2 Gemilang

Tarikh : 01 Mei 1994

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup. Pengalaman pahit adalah satu pengalaman yang kita tak boleh nak lupakan. Sampai bila-bila pun kita akan ingat pada kenangan itu. Walaupun kenangan tu hanya lah terjatuh dari kerusi sebab kawan yang tarik kerusi semasa hendak duduk. Aku juga pernah merasa sakit apabila jatuh dari kerusi ni. Punggung aku seperti kena cucuk dengan ubat bius. Seluruh punggung rasa kebas. Rasa juga nak marah tapi biar lah. Kawan aku juga.

Tapi aku bukan nak cerita pengalaman jatuh kerusi sebab kawan yang khianat. Sebab itu bukan pengalaman pahit aku. Pengalaman pahit aku adalah jatuh longkang Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Semasa tibanya hari guru tersebut, aku dan kawan-kawan sedang bergembira di dalam kelas. Selepas majlis memberi hadiah kepada cikgu kelas dan cikgu-cikgu lain, aku terus ke kantin untuk makan jamuan.

Ada cengkodok, ada pisang goreng, mee goreng dan banyak lagi makanan yang sedap-sedap. Aku dan kawan-kawan mengambil makanan tersebut dan duduk dimeja makan yang telah disediakan. Aku makan sambil berborak dengan faiz. Lepas makan aku pun mengajak faiz bermain kejar-kejar. Faiz setuju dan dia telah mengajak beberapa orang kawan-kawan yang lain.

Continue reading