Tag Archives: bulan ramadhan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tinggal sehari jer lagi umat Islam akan meninggalkan bulan yang penuh mulia ini iaitu Bulan Ramadhan. Ramadhan tahun depan andai dipanjangkan umur, akan berjumpa lagi. Akan menikmati kegembiraan bersahur dan berbuka, kegembiraan menunaikan Solat Terawih dan kegembiraan shopping dekat Bazar Ramadhan. Air katira mungkin next year baru dapat merasai pula. Hehe. Bagi peminat setia air katira, harap bersabar yer. Tahun depan pula pakat minum sakan. Huhu.

Sumber : Google

Berbagai persiapan raya yang dibuat sampaikan nak update blog pun tak ada masa. Haha. Raya sakan ker tahun ni? Tak la. Pergi layan jem jer dekat Jerteh. Haha. Baju raya aku dah beli awal-awal lagi. Beli dekat Jakel Kota Bharu. Murah dan selesa memakainya. Sajer beli awal-awal supaya nanti tukang jahit tak tertekan sangat nak menyiapkan baju raya aku sekeluarga nanti.  Rasa gembira jer sebab tahun ni dapat pakaikan anak aku baju melayu. Tahun lepas tak boleh pakai lagi sebab badan dia kecik. Sekarang dah boleh pakai dan tak sabar aku nak pergi beraya bersama kat rumah jiran-jiran serta sanak saudara.

Continue reading

Ni Jer Mampu Ayah Buat – Harap Adik Selesa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Tuhan anugerahkan aku kemahiran bertukang. Bukan tukang buat rumah. Tapi tukang perabot cap ayam jer. Tak de kelulusan dan tak bertauliah. Sempoi tapi penuh makna. Hehe. Dalam kesibukan dalam menguruskan kehidupan seharian menempuh ramadhan al mubarak, sempat juga aku mencelah bagi menyiapkan kerusi makan anak aku ni.

Plywood Kasi Potong Ikut Saiz Dulu La

Kesian adik yer. Kalau makan hidang kat atas lantai, ayah dengan ibu yang jadi mangsa. Kalau lauk tak berkuah tak pe. Bila lauk berkuah, adik selalu lepaskan perasaan pada kuah tu. Ayah tak tau kenapa adik suka sangat lepaskan tekanan pada kuah tu.  Nak marah, adik kecil lagi. Ayah dengan ibu senyum jer la walaupun hakikatnya ayah dan ibu terpaksa makan isi sahaja. Kuah??? Awal-awal adik dah rasmi dengan kaganasan tangan dan kaki adik tu.

Kerusi Yang Telah Siap

Bulan ramadhan ni ayah nk makan selesa sikit. So, ayah buatkan kerusi untuk adik. Bukan ayah tak mampu beli tapi ayah rasa berbaloi dan senang hati jika melihat adik duduk di kerusi yang ayah buatkan. Nanti besar baru adik tahu betapa sayangnya ayah dan ibu pada adik. Hehe.

Selamat Berbuka Puasa Adik. Macam Mana?Suka Tak???

Haha. Cerita hal anak ni sampai bila-bila pun tak habis. Nak membesar sorang ni, banyak dugaan nya. Dengan aktif dia, dengan manja dia. Adoiii. Saba jer la. Macam mana dengan kerusi yang aku buat kan ni? Ok tak. Hehe.

p/s : Agak-agak kalau jual boleh tembusi pasaran Jepun tak? J