Tag Archives: contest denaihati

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger”

Kalau tidak kerana tajuk itu telah ditetapkan, ingin sahaja aku ubah kepada tajuk yang lebih sentap dan penuh dengan emosinya. Aku ada terfikir beberapa perkara yang harus dilakukan untuk mencapai impian tersebut. Banyak cerita yang aku dengar tentang tips untuk mencapai impian dengan mudah, percuma dan selamat. Antaranya ialah meletakkan signboard di kawasan sekitar yang menjadi laluan utama kita seharian.

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Continue reading

Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Ramadan telah berlalu dengan seribu satu kenangan dan pengalaman indah. Pengalaman pahit dan manis, jadikan ia sebagai rencah dalam meniti arus kehidupan di masa hadapan. Apa yang baik sepanjang bulan Ramadan 1434h ni, kita jadikan iktibar sehingga ke hujung nyawa. Segala perkara positif yang telah di adunkan sepanjang bulan Ramadan, jadikanlah ia sebagai panduan untuk kehidupan hari ini, esok dan selamanya. Semoga ketemu lagi kita semua di bulan Ramadan 1435h nanti. InsyaAllah.

menyambut hari raya

Continue reading

Contest Eizil dan Contest Denaihati Serta Contest Hatiputera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah contest iphone 5 gadjet impian telah pun melabuhkan tirainya. Tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman tugasan kedua yang akan saudara Amir pemilik blog Denaihati umumkan. Mungkinkah lebih mencabar atau sebaliknya? Sama-sama la kita nantikan. InsyaAllah ada kelapangan waktu, akan aku sambung balik aktiviti melawat rakan blogger yang menyertai contest iphone 5 tu. Sepanjang aku duk baca entri korang semua, rata-rata memilih rekabentuk dan camera iphone 5 ni. Ada la satu dua artikel yang lebih kurang sama dengan minat aku tu. Hehe. Semoga rezeki korang semua murah yer. Iphone 5…….. Siapa yang tak nak kan.

Tak lupa juga contest yang saudara Eizil anjurkan juga sudah nak sampai ke penghujungnya. Bagi mereka yang belum melengkapkan kesemua tugasan yang diberikan, apa tunggu lagi. Ambil masa lapang anda sekejap dan siapkan tugasan yang saudara Eizil mahukan tu. Hehe. Bagi pendapat peribadi, rugi kalau korang tak siapkan tugasan tu kerana untuk tugasan pertama, korang semua dah sertai. Alang-alang menyelup pekasan, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah buat tugasan pertama dan kedua, biarlah sempurna sampai ke tugasan ketiga. Hehe. Amacam cantik tak pantun aku tu. Terbaik kan. Hehe. Tugasan ketiga ni ada pecahan iaitu Cadangan dan Kritikan serta Produk Yang Anda Inginkan Dari Eizil Network.

Continue reading

Check List 20 Penyertaan Bonus Raya Aidilfitri 2012 by Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni terasa nak buat siasatan dekat blog denaihati berkenaan dengan contest beliau yang bertajuk Bonus Raya Aidilfitri 2012. Emm aku teruja sangat nak buat siasatan tu sebab aku nk ketahui blog pondok kecil duduk di penyertaan yang ke berapa. Adakah masuk kategori 20 penyertaan pertama?

Akhirnya persoalan aku terjawab la. Hasil siasatan mendapati blog pondok kecil berada pada kedudukan yang amat jauh kebelakang. Sekali ganda dari syarat yang ditetapkan. Betul sangkaan aku. Blog yang terkenal macam blog denaihati ni, 5 minit entri disiarkan, dah dekat 100 pelawat. Adoiii. Tapi tak apala sekurang-kurangnya persoalan aku terjawab juga. Masih ada peluang untuk menang. Bak kata rakan blogger, kalau dah rezki tu tak kan kemana.

Continue reading