Tag Archives: denaihati hidup kan untuk memberi

Permulaan Ramadan Yang Menyedihkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kali dalam hidup, aku berhadapan dengan keadaan yang agak sukar untuk aku terima dengan hati yang terbuka. Walaupun perit, walaupun sakit, namun semua itu adalah anugerah yang terindah yang pernah hadir dalam hidup aku sebagai seorang manusia. Kehidupan. Adakala kita bersedih. Adakala kita gembira. Namun, apa maknanya jika kesedihan melebihi kegembiraan? Dugaan demi dugaan hadir untuk menguji tahap keimanan yang ada dalam diri ini.

permulaan ramadan yang menyedihkan

Kredit : “Aku Tidak Mampu Bertahan Lagi… Ya Allah”

Continue reading

Sukarnya Menambat Hati Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mencari tips untuk menambat hati Google supaya blog Pondok Kecil berada pada page yang pertama amatlah susah. Bagi aku yang kekurangan ilmu berkaitan dengan perkara ni, secara tidak langsung telah membantut sedikit semangat untuk terus berusaha. Berbekalkan keyword Pondok Kecil, entah halaman mana la Pondok Kecil berada sekarang. Sukarnya menambat hati google.

Berbagai tips dan panduan telah aku cuba. Namun hasil tetap sama. Tiada sebarang perubahan yang Pondok Kecil tunjukkan. Tak apa lah. Ada kot silap kat mana-mana yang aku belum jumpa. Mungkin aku kekurangan masa untuk buat semua ni. Aku terus memujuk hati supaya terus berkarya dalam Pondok Kecil ini. Aku tak mahu suasana pondok kecil terus suram dan tidak seceria mentari pagi.

Kerana mereka yang melawat Pondok Kecil mungkin mengharapkan sesuatu. Mungkin keceriaan, mungkin kegembiraan, mungkin kesedihan dan mungkin jua infomasi. Usia juga menjadi penghalang sekarang ni. Usia Pondok Kecil masih belum matang untuk berada di halaman pertama Google.

Tak sama dengan blog lama aku dulu. Hari ni buat, esok lusa terus boleh tengok dalam halaman google. Bila taip keyword pictb (blog lama), terus keluar pada page pertama google. Maybe ada kelebihan dan kekurangan masing2 yang aku belum jumpa. Buat masa ni, teruskan menulis dan cuba untuk hasilkan entri yang tidak membosankan pembaca disamping belajar bagaimana cara untuk meningkatkan traffic Pondok Kecil.

Sambil-sambil duk selongkar blog Denaihati, tetiba aku baca entri yang bertajuk Takut Untuk Berjaya. Entri ni sedikit sebanyak telah memulih semangat aku di mana satu perkara yang aku dapat, ” Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan untuk menuju kejayaan yang lebih hebat.”

p/s : Korang ada tips tak untuk meningkatkan traffic blog?