Tag Archives: Denaihati

Permulaan Ramadan Yang Menyedihkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kali dalam hidup, aku berhadapan dengan keadaan yang agak sukar untuk aku terima dengan hati yang terbuka. Walaupun perit, walaupun sakit, namun semua itu adalah anugerah yang terindah yang pernah hadir dalam hidup aku sebagai seorang manusia. Kehidupan. Adakala kita bersedih. Adakala kita gembira. Namun, apa maknanya jika kesedihan melebihi kegembiraan? Dugaan demi dugaan hadir untuk menguji tahap keimanan yang ada dalam diri ini.

permulaan ramadan yang menyedihkan

Kredit : “Aku Tidak Mampu Bertahan Lagi… Ya Allah”

Continue reading

Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget Impian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Haru biru hidup aku sehari dua ni dek terkena selsema. Terkena pula semasa contest iphone 5 gadget impian sedang hangat berlangsung. Sebenarnya selsema yang dialami tak ada la teruk sangat. Tapi disebabkan oleh ketidakselesaan pada hidung, aktiviti blogging terganggu seketika. Nak fikirkan idea rasa terganggu jer. Duk main sok sek-sok sek. Bernafas pun macam tak lepas je. Untung juga selsema ni, boleh merehatkan badan sikit. Walaupun hakikat sebenar, di musim yang hangat dengan contest SEO ni, memang tak sesuai untuk aku terkena selsema ni. Entah ada harapan ke tidak untuk mengejar keyword tu. Masa yang ada tak sampai sebulan jer lagi.

Tak… Aku bukan minta simpati pihak penganjur, tapi luahan ikhlas dari pesakit hidung berair. Hehe.

Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget Impian

Source : Google

Tidak mengapa kerana 3 contest SEO yang telah aku join untuk bulan ni. Ada la tu rezeki diantara 3 contest tersebut. Hehe. Untung aku menyertai contest SEO ni. Antara kelebihan yang jelas lagi nyata adalah pada kedudukan kekasih hati, Alexa. Memang cun habis. Hehe. Terima kasih kepada korang semua kerana dengan kehadiran korang semua membuatkan kedudukan Alexa pondok kecil berada di tahap yang baik. Terima kasih daun keladi buat korang semua.

Continue reading

Eyriqazz vs Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Antara kelebihan apabila kita membuat blog walking selain daripada untuk mendapatkan traffic adalah untuk mengetahui contest yang berlangsung. Aku ni dikira rajin la jugak membuat blog walking. Time free ok jer. Time sibuk, jangan harap la. Hehe. Dalam masa melawat blog rakan blogger, aku tertarik dengan satu artikel ni. Eyriqazz vs Denaihati by Hatiputera.

Ape cerita tajuk contest macam ni? Eyriqazz nak mencabar Denaihati ke? Hehe. Bukan cabaran untuk Denaihati ni. Tapi cabaran untuk menguji skill SEO setiap rakan blogger. Contest Lelaki Kacak anjuran Titan masih hangat-hangat lagi. Ni timbul pula contest Eyriqazz vs Denaihati.

Siapa Denaihati di Hati Eyriqazz

Sejujurnya aku belum lagi mengenali siapa tuan punya blog Eyriqazz. Aku pun baru semalam terjah blog Eyriqazz. Tu pun disebabkan aku terbaca entri yang dihasilkan oleh rakan blogger – Hatiputera yang menyertai contest Eyriqazz vs Denaihati. Dari pandangan mata kasar aku, selepas melawat blog Eyriqazz ni, ternyatala blog ini bukan calang-calang blog. Tapi blog yang mempunyai ranking terbaik di hati google. Dengar khabar blog Eyriqazz ni rakan strategik Syarikat Nuffnang.

Blog Denaihati adalah sifu kepada setiap kejayaan blog Eyriqazz. Untung badan kan kalau dapat berguru dengan Denaihati. Banyak juga kejayaan yang ditempa oleh Eyriqazz. Nak tengok? Jom klik kat sini.

Keterampilan Blog Eyriqazz vs Denaihati

Dari segi keterampilan pula, aku rasa blog denaihati lebih terserlah. Wahh lepas ni berkemungkinan blog Eyriqazz pun tip top macam blog Denaihati jugak ler. Denaihati bagi tawaran tu untuk design template blog Eyriqazz. Untung badan dapat sponsor macam ni. Hehe. Denaihati, Pondok Kecil tak ada ke tawaran macam tu? Hehe. Gurau jer.

Kelebihan Eyriqazz dan Denaihati

Aku rasa banyak kelebihan yang terdapat dalam kedua-dua blog ini. Maklumla kan bila blog dah terkenal di hati google, mesti banyak kelebihannya. Antaranya traffic, backlink, skil SEO dan sebagainya. Tapi aku tak layak untuk membuat perbandingan semua itu. Cuma yang aku berani katakan, entri kedua-dua blog ni memang best. Seperti makan goreng pisang dengan ABC. Fuhh panas-panas ni, memang terbaik la pekena makanan ni.

Lebih 4 bulan aku mengenali blog Denaihati. Dan setiap kali singgah di Blog Denaihati, pasti aku akan cari artikel berkaitan dengan tips untuk memajukan Pondok Kecil. Persamaan kedua-dua blog ni, mereka suka travel. Kalau Denaihati banyak ke luar negara. Eyriqazz pula banyak dalam negara. Semuanya menceritakan tentang suasana dan perbezaan yang terdapat di negara yang mereka lawati. Dan yang penting, mereka abadikan penceritaan mereka dalam blog masing-masing agar menjadi panduan kepada mereka yang memerlukan.

p/s : Jom sertai contest ni sebelum 31 Ogos 2012. Mana tahu korang dapat skill SEO lepas ni. Hehe.

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com, Azri.my, Blogr.my, ziefauzi.com, Shakiddo.com, ZarulUmbrella.Com, Hatiputera.com, Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com, BloggerSentral.com, Mysuperkids.net, Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com, http://kgbalimbang.blogspot.com, Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, Bluedianthus.Com dan PanduanServisBlog.Com, faizalpj.comdanSyaisya.com

Betul Jugak Cerita Dalam Entri Denaihati Tu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman melihat suasana pembelajaran murid di sekolah adalah satu pengalaman yang penuh bermakna. Melihat suka dan tawa anak-anak dalam pembelajaran amatlah membawa seribu kemanisan dan mengukir sedikit senyuman di wajah aku. Melihat tingkah laku mereka yang tidak logik tu, sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa beginilah keadaaan aku sewaktu bergelar murid sekolah rendah beberapa tahun yang lepas.

Sumber : Google

Perangai murid sekarang ni dah tak sama seperti zaman aku dahulu. Sekarang tiada lagi batas pertuturan diantara murid dengan cikgu. Tiada langsung penghormatan yang diberikan. Ntah la zaman anak aku nanti macam mana pula. Tapi tak semua murid berperangai macam tu. Ada juga yang bagus-bagus. Hehe.

“Selamat pagi Cikgu”

Sewaktu aku melaporkan diri ke sekolah minggu lepas, aku terkejut bila sorang murid tu panggil aku cikgu. Haha. Aku dengan selamba senyum jer. Tak leh bayang macam mana perasaan hari tu. First time dipanggil cikgu. Memang seronok sangat. Rasa cam nak jadi cikgu jer. Hehe.

Sumber : Google

Beberapa jam aku berada di makmal komputer sekolah memerhatikan tingkah laku cikgu dan murid, tetiba aku teringat akan entri yang pernah aku baca di blog Denaihati.

Dari pandangan aku, aku bersetuju dengan entri ni. Tak tau la silap kat mana, salah siapa, dan bagaimana ia terjadi aku pun tak pasti. Yang aku tahu, sistem pendidikan sekarang ni tak nampak kearah melahirkan insan yang berpendidikan tinggi.

Sumber : Google

p/s : Apa korang rasa tentang pendidikan di Malaysia hari ini?