Tag Archives: dilema kerja

Top Komentator Jun 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Jun 2013 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan dan pengalaman yang indah. Tidak dilupakan juga pada pengalaman pahit dan masam dalam meniti arus kehidupan seharian. Onak duri dan ranjau berbisa sepanjang bulan Jun 2013 telah menjadi sejarah dan garis panduan untuk menempuh bulan Julai yang mana akan menjadi permulaan untuk sebuah kenangan yang baru. Dalam melengkapkan diri untuk menjadi manusia yang sempurna, faktor utama yang perlu di ambil kira adalah kesabaran.

top komentator

Kredit : Selamat datang ke Kampung Jenjarom, Banting

Continue reading

Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah sekian lama rasa nya Pondok Kecil suram tanpa sebarang kata. Disebabkan kesibukan melampau berkaitan dengan kerja baru ni, aku tak ada masa untuk mengupdate Pondok Kecil ini. Traffic yang datang singgah pun dah slow jer sejak dua menjak ni. Aku pun 2,3 hari ni tak sempat nak ziarah rakan blogger. Haiya. Harap korang semua sihat dan masih sudi untuk berkunjung ke Pondok Kecil ini.

Minggu ni banyak kerja yang terpaksa aku bereskan. Terutamanya berkaitan dengan tempat kerja lama. Bila nak tinggal kerja lama ni, terpaksala kerah tenaga sikit. Mana yang tak beres, kena bereskan. Kan tak pasal-pasal aku kena kutuk nanti.

Hari ni aku telah melapor diri ke Sek. Keb. Seri Payong. Untuk jawatan EIO. Entah macam mana kerja kat tempat baru. Aku harap lagi baik dari tempat kerja lama. Semasa ke sekolah tadi, sempat juga berjumpa dengan Guru Besar. Banyak juga hal yang diceritakan berkenaan dengan peraturan sekolah. Dalam banyak-banyak peraturan yang diceritakan, satu jer yang aku rasa terbeban sikit. Iaitu kebebasan. Bukan kebebasan bersuara, bukan kebebasan pergaulan, tapi kebebasan keluar masuk sekolah.

Puas juga aku memikirkannya. Aku dah la tak suka kerja terkurung. Kadang-kadang nak juga merasa minum air di kedai. Kalau tempat kerja lama ni, bebas jer. Rasa nak minum air kol 10 pagi, boleh jer keluar. Tapi di sekolah ni, tak boleh keluar macam tu sahaja kecuali hal-hal kecemasan dan rasmi. Adus penat juga otak aku duk fikir boleh ke aku hadapi suasana kerja macam ni. Kan makin stress aku. Hehe.

Pasal bebanan kerja, memang aku tak nak komen. Sebab kat mana-mana pun bebanan kerja mesti ada. Nama nya kerja. Kan? Dalam hidup aku untuk bekerja salah satu perkara yang aku akan ambil kira adalah suasana kerja dan akses internet. Stress giler aku kalau internet tiada. Kebetulan di makmal sekolah tu, internet down. Dah setahun. Waaaaa macam mana aku nak bekerja nanti.

Mood aku untuk kerja kat sekolah tu tetiba down. Macam internet tu jugak. Tanya kawan-kawan mintak pandangan mereka, tak seorang pun yang bagi pandangan yang positif. Tambahan pula kerja sekarang memang sukar. Aku terpaksa membuat keputusan yang tepat. Aku tak nak tersalah buat pilihan.

Rupanya sukar untuk membuat pilihan macam ni. Andaikata jawatan untuk kerja baru ni tetap, aku tak ada la kisah sangat. Comfirm aku pilih kerja yang tetap tu. Kalau nak di ikutkan suasana kerja memang best tempat lama. Kekurangannya satu jer, aku pekerja sambilan. Gaji dibayar ikut hari bekerja. Cuti tiada. Tempoh kerja 3 bulan sahaja. Kalau MOA bagi kelulusan sambung kerja, boleh kerja lagi untuk tempoh 3 bulan.

Dua-dua kerja ni memang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau nak buat pilihan semudah memilih makanan di kedai, senang jer. Ni melibatkan masa depan. Haha. Yang aku tahu sekarang, aku dalam dilemma. Antara kerja lama Vs kerja baru, yang mana menjamin masa depan. Masih memikirkan sebelum keputusan muktamad dibuat.

p/s : Korang ada pengalaman macam ni? Kongsi-kongsi la dengan aku. Boleh dibuat rujukan nanti.