Tag Archives: eio

Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pertama kalinya sepanjang aku bekerja dengan goverment, aku telah ditawarkan untuk memegang jawatan Executive Information Officer (EIO) contract dibawah kawal selia Tesdec. Kerja ni aku apply pada awal tahun 2012 dan masa aku apply kerja ni, aku tengah memegang jawatan Peg. Pemberhentian Kerja Sementara. Haha. Memang akhir tahun setiap tahun, aku akan memegang jawatan ni dan awal tahun sekiranya ada rezeki, aku akan dipanggil balik untuk bekerja semula dengan kerajaan.

Memang macam ni la setiap akhir tahun dan awal tahun. Kebetulan pula tempoh kerja yang sekarang akan tamat pada akhir bulan Jun ini. Menurut bahagian pentadbiran, surat untuk menyambung kerja aku telah dihantar kepada MOA dan sedang menunggu keputusan MOA. Andainya keputusan MOA meluluskan permohonan itu, maknanya aku boleh bekerja di tempat ni untuk tempoh 3 bulan berikutnya. Tapi kalau tidak diluluskan, maka terpaksala aku memegang jawatan Peg. Pemberhentian Kerja Sementara tu balik.

Aku sekarang dalam dilema. Antara kerja baru dan kerja lama, sudah tentula kerja lama ni banyak kelebihan. Antaranya kebebasan tu ada. Suasana tempat kerja pun selesa. Cuma kekurangan, bebanan kerja la yang selalu memberi tekanan. Sedangkan suasana kerja ditempat baru, aku tak tahu lagi macam mana. Tempat kerja baru ni dekat sekolah rendah. Biasala bila sebut sekolah, mesti tiada kebebasan kan. Tapi tak tau la macam mana. Sekolah kan skema.

Kalau nak dibandingkan gaji pula, kerja lama dan kerja baru lebih kurang sama jer. Sukarnya nak membuat keputusan. Aku takut tersilap buat keputusan jer.

p/s : Kawan-kawan, apa pendapat korang tentang masalah aku ni?