Tag Archives: euro 2012

Sepanyol Dah Menang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ringkas jer hari ni. Sebab aku nak kongsi perasaan aku yang happy giler ni. Hehe. Aku tak tahu yang jangkaan aku betul. Sepanyol menang Euro. Sekaligus aku dapat hadiah yang dianjurkan oleh penganjur contest. Wahh macam ni yer perasaan bila dah memenangi sesuatu contest.

Sumber : Blog Denaihati

Contest Abang Ensem, Pondok Kecil tak de rezeki dah. Maklum la semasa entri tu ditulis, aku tak berapa mengenali lagi Abang Ensem. Just tulis ikut penceritaan rakan blogger jer. Contest Eyriqazz Vs Denaihati masih berjuang lagi. Hehe. Eeee memang heppy giler arr rasa. Disebabkan aku tak tengok bola pagi td, jam 6.30 pagi, aku sms kawan aku. Dia kata Sepanyol menang 4-0. Tuhan jer yang tahu macam mana perasaan aku waktu tu.

Ramalanku benar belaka. Hehe. Aku cuma mahukan hadiah yang ditawarkan sahaja. Sebab sangat menarik. Nak tgok apa hadiah dia??Jom klik link di sini. Kawan aku kata Fernando Torres dapat kasut emas. Betul ke???

Sumber : Google

Emm tak cukup lagi dengan cerita aku ni? Jom sama-sama baca di sini. Menarik sangat. Hehe.

p/s : Best sertai contest ni. Terbaik!!!

Juara Euro 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejantera.

Entri ni aku hasilkan untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Denaihati. Tertarik dengan hadiah yang ditawarkan, aku cuba juga untuk menulis entri ni walaupun aku tiada ideal untuk diulaskan. Sebab aku bukan bukan kaki bola dan bukan selalu mengikuti perkembangan dunia bola sepak. Disebabkan Euro 2012 kini berlangsung, so aku tahu juga la sikit-sikit pasal bola ni. Ramai juga blog-blog yang menceritakan berkenaan dengan Euro 2012 ni. Maklum la kan, gosip yang hangat katakan.

Sumber : Google

Pagi tadi aku sembang-sembang dengan kawan aku. Tetiba aku teringat akan contest Denaihati ni. Ringan mulut aku untuk bertanya  berkenaan dengan Juara Euro 2012. Dia pilih Sepanyol dengan alasan Spanyol berada pada ranking pertama dunia.

Kawan sorang lagi tu, dia pilih Spanyol jugak. Dengan alasan pertahan dan penyerang Spanyol adalah yang terbaik. Haiya aku tak pandai la nak ceritakan hal-hal macam ni. Nama pemain aku sendiri tak ingat. Tapi entah kenapa hati naluri ni berkata ” Juara Euro 2012 akan dimenangi oleh Spanyol “. So, aku tekad untuk sertai contest ni.

Go,Go, Go... Ole, Ole, Ole

Spanyol kalah ke, Spanyol menang ke, tu perkara nombor 2. Janji aku sertai untuk memeriahkan suasana dalam blog Denaihati. Haha. Disamping merebut hadiah menarik yang ditawarkan. Kalah dan menang adat permainan. Yang tak disangka menang tak mungkin akan kalah. Yang disangkan menang, tak mungkin akan menang.Selamat berjaya kepada kawan-kawan yang menyertai termasuk Pondok Kecil.

p/s : Amacam,ada ruang tak Pondok Kecil nak dapatkan 10,000 trafik blog + T-Shirt Denaihati???