Tag Archives: facebook rakan blogger

Pondok Kecil Perlukan Pertolongan Rakan Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minta perhatian semua rakan blogger. Aku nak mintak tolong korang semua berkenaan dengan masalah aku ni. Masalah ni dah beberapa hari aku cuba untuk selesaikan. Akhirnya jalan buntu yang aku jumpa. So, aku nak try la mintak pertolongan korang semua berkenaan dengan masalah aku ni. Harap ada yang sudi membantu. Aku tahu korang semua baik hati, pandai dan blog korang semua kebanyakannya mempunyai Page FB.

Masalah aku sekarang, aku tak boleh nak LIKE page FB rakan blogger Pondok Kecil. Tak tau silap kat mana, dan tak tahu salah siapa. Hehe. Seingat aku, Page FB untuk Blog Anarm berjaya aku klik LIKE. Maybe lain blog, lain setting Page FBnya. Aku tak mahir mana bab-bab macam ni. Aku tak nak rugikan masa untuk mencari jalan penyelesaian yang aku rasa ntah bila akan settle. So, aku gunakan lah khidmat rakan blogger semua.

Aku tahu zaman sekarang sukar untuk mendapatkan service percuma. Tandas awam pun kena bayar. Dah naik harga pulak tu. Itu pun ada yang mengungkit tak puas hati. Dah la tak ada kesedaran sivik tentang tatacara penggunaan tandas awam ni. Bagi je la duit tu sebagai tanda penghargaan untuk pemilik tandas mencuci saki baki yang kita tinggal. Haiya itu pun nak jadikan isu ke?

Tapi aku tahu korang semua baik hati kan. Sanggup menolong orang dalam kesusahan. Hehe. Ok, berbalik kepada masalah aku ni. Aku ada buat page untuk Pondok Kecil. Maklumlakan baru nak berjinak-jinak dengan laman sosial ni. Emm jom bercerita sambil layan gambar ni.

Lepas jer dah sign in ke page FB Pondok Kecil, aku biasa jugak tunggu sampai setengah jam. Tapi tak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Akhirnya aku tekan jer butang “x” tu. Senang.

Bukan Page FB Keluarga Mifzal Arsyad saja yang tak boleh nak LIKE, tapi facebook rakan blogger lain tetap hadapi masalah yang sama. Seperti FB Puanbee, FB Suri, FB Izzuddin Fauzi, FB Jebeng Otai, FB Teh Ramuan, FB Bardboo, FB Cik Tom dan lain-lain rakan blogger lagi.

p/s : Harap ada yang sudi membantu dan memberi sedikit sebanyak panduan. Sambil-sambil tu bagi merka yang belum LIKE FB Pondok Kecil, sila-sila kan lah. Tambahkan kenalan demi mengeratkan silaturahim. Tak salah kan.