Tag Archives: facebook

Masalah Blog Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setahun lebih pengalaman bersama blog Pondok Kecil adalah satu pengalaman yang sukar untuk diperolehi. Pengalaman pertama membuat blog, pengalaman pertama menggunakan platfon wordpress dan pelbagai pengalaman pertama lagi yang telah aku lalui. Sungguh indah kenangan dan pengalaman yang blog Pondok Kecil berikan. Sekarang, kalau mereka tanya, apa yang seronoknya ada blog? Dan secara mudahnya ini jawapan yang ingin aku berikan.

masalah blog baru dalam blogging

Kredit : Permulaan Yang Baru?

Continue reading Masalah Blog Baru

Indahnya Berkawan Di FB Denaihati Network

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di kesempatan yang ada ni aku rasa nak update artikel berkenaan dengan FB Denaihati je. Entah mengapa naluri aku terasa begitu kuat untuk mengarang artikel yang bertajuk Indahnya Rakan FB Denaihati Network. Sudah sekian lama aku terasa nak karang cerita ni. Tapi kerana masa yang ada sangat terbatas, jadi terpaksalah aku tangguhkan. Dan hari ni aku rasa aku patut siapkan artikel ni. Ini juga bertujuan untuk menambah kenalan di FB Pondok Kecil. Mana tahu ada rakan-rakan lama di zaman sekolah dulu yang jadi blogger.

Continue reading Indahnya Berkawan Di FB Denaihati Network

Indahnya Alam Maya Dan Media Sosial

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Indahnya alam maya dan media sosial merupakan satu tajuk yang dipilih khas untuk dimuatkan di halaman pondok kecil. Bersempena dengan contest yang sedang hangat berlangsung iaitu contest iphone 5 Gadget Impian, blog popular dan 2012 tahunku yang kacak, maka terhasilnya artikel ini. Sepertimana yang korang semua maklum, media sosial memainkan peranan penting dalam memajukan sesuatu produk, perkongsian ilmu dan sebagainya lagi. Kata pujangga, maklumat kini semuanya dihujung jari. Aku sokong dengan kata-kata itu kerana hanya melayari internet, banyak perkara yang kita ketahui. Tak kiralah teknik SEO, kisah malam pertama, bahana tidak menutup aurat dan segala macam lagi perkara yang boleh kita pelajari.

alam maya dan media sosial Continue reading Indahnya Alam Maya Dan Media Sosial

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2012 tahunku yang kacak. Tajuk artikel ini adalah sebagai penyertaan untuk contest rakan blogger, spudinpunya dot com. Contest yang sungguh unik kerana terpaksa diolah jalan cerita berpandukan kepada tajuk yang diberi. Apakah pengisian yang terdapat dalam hidup aku untuk tahun 2012 ni? Sebelum memulakan penulisan artikel ni, aku merenun dan mengimbas kembali apakah perkara yang bermanfaat yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2012 ni. Sepanjang tahun 2012 ni, tiada yang paling berharga melainkan wujudnya blog pondok kecil. Selebihnya adalah perkara biasa sahaja yang berlaku sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

2012 tahunku yang kacak

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Continue reading 2012 Tahunku Yang Kacak

Pondok Kecil @ Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama duk fikir, akhirnya Pondok Kecil telah berjaya membuat page Facebook.Tidak dinafikan memang banyak kelebihan apabila kita membuat page Facebook untuk blog sendiri. Tambahan pula sekarang ni sudah terbukti laman sosial adalah salah satu platfon yang terpenting di kalangan masyarakat dunia untuk berhubung disamping berkongsi maklumat antara satu sama lain.

Terima kasih kepada owner Pondok KecilĀ (aku sendiri) kerana bersusah payah membina dan menyiapkan page Facebook untuk Pondok Kecil. Ternyata memang sukar untuk membuat page ni. Tambahan pula ini adalah kali pertama aku membuat page Facebook.

Aku pernah bertanya pada rakan blogger bagaimana cara untuk membuat page Facebook ni. Aku ni pun satu. Dah tahu hal teknikal macam ni mana boleh bagitau melalui mesej. Haha. Face to face la kalau betul-betul nak tahu. Ada jugak cari dalam google tapi makin aku tak faham. Maybe tak kena dengan keyword yang aku taip kot. Hehe.

Betapa gembiranya hati aku bila dah ada yang klik LIKE. Perasaan gembira memang tak boleh nak digambarkan. Seperti dapat rumah banglo 4 tingkat jer. Hehe. Terima kasih kepada Ibu Mifzal Arsyad kerana menjadi orang pertama yang LIKE Pondok Kecil. Terima kasih juga kepada Latifahbee Kay kerana LIKE Pondok Kecil.

Harapan aku lepas ni agar rakan blogger semua sudi LIKE Pondok Kecil. Aku tak mampu memberikan apa-apa balasan. Aku mampu berdoa supaya traffic blog rakan blogger semua terus meningkat dari hari ke hari. Hehe. Terima kasih semua.

p/s : Jangan lupa klik LIKE Pondok Kecil kat sebelah kanan tu. Hehe.