Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni ada luang sekejap dan aku teruskan kerja aku melawat rakan blogger. Aku tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh Abang Ensem atau nama ringkas AE. Itu pun setelah aku membaca entri blog hatiputera iaitu Abang Ensem Di Mata Aku. Aku sekadar baca dan tengok jela hadiah dan maklumat contest ni. Hadiah memang cukup-cukup menarik. Penyertaan pun cukup-cukup mudah.
Sebenarnya aku berkenan sangat dengan contest ni. Tapi bila fikir-fikir balik, ada beberapa masalah yang membelanggu fikiran aku:-
1. Pondok Kecil tak ada akaun Facebook.
2. Mustahil kalau aku nak dapatkan jumlah LIKE yang banyak tambahan pula aku tak ada ramai kenalan ataupun kawan.
3. Nak promosikan ebook AE tu bukan sesuatu yang mudah disamping pelawat yang melawat Pondok Kecil masih berada pada tahap yang membimbangkan.
Hampir sejam juga aku termenun di laman Abang Ensem. Best nya hadiah yang ditawarkan. Tak apa la. Maybe tak ada rezeki Pondok Kecil lagi tu. Komen-komen pelawat untuk contest Abang Ensem tu sedikit sebanyak mengubat hati yang sayu ni. Hehe.
p/s : Gudk Luck kepada mereka yang telah menyertai.