Tag Archives: gitn

1 Gov*Net – Harapan Kian Bersinar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama rasanya pejabat aku sunyi dari kunjungan pihak Telekom dan GITN. Terasa rindu sangat pada kunjungan korang. Kali terakhir korang datang melawat dua minggu sebelum akhirnya bulan Mei. Aku dah tak sabar dengan kehadiran seterusnya pihak kalian ke tempat aku. Dan pastinya kunjungan kalian kali ini akan membawa khabar gembira untuk warga pejabat aku khasnya.

Rack 24U yang ditempah dari Mutiaracom dan minggu ni baru sampai. Tapi tak pasti pula pembekal nak hantar hari apa. Ikut jadual hari Ahad @ Isnin. Local Order sudah di proses. Tak sabar rasanya untuk melihat perkakasan yang baru tu. Termasuk dengan Surge Protector dan Uninterrupted Power Supply . Mungkin ramai yang belum mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Surge Protector. Awalnya aku juga tidak mengetahui apa itu Surge Protector. Nama pun pelik dah.

Sumber : Emel dari Pegawai MOA

Puas juga aku mencari informasi berkenaan dengan alat ni. Tapi ramai yang kata, Surge Protector ni fungsi dia lebih kurang dengan alat litar pintas. Aku tak percaya sebenarnya. Dan aku dapat contact in charge yang bekerja dengan syarikat membuat rack tersebut. Betu la Surge Protector tu lebih kurang sama dengan alat litar pintas. Emm baru aku faham. Nama panggilan lain, tapi fungsi sama jer.

Sumber : Emel dari Pegawai MOA

Mesti lepas ni masalah berkaitan dengan internet slow dapat dibanteras 100%. Hehe. Hari ke hari Dunia Teknologi kian pesat membangun. Mujur la aku dapat merasai semua ni. Dalam proses aku untuk mendapatkan perkakasan rack 24U ni, ada beberapa perkara yang perlu aku pastikan. Antaranya:-

1. Rack yang dicari mestilah memenuhi piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak GITN, MAMPU dan MOA.
2. Rack juga mestilah banyak lubang-lubang kecil supaya mudah untuk udara masuk dan keluar. Ini sekaligus dapat mengurangkan kepanasan perkakasan dalaman di samping kipas pada rack yang 24 jam kena berfungsi.
3. Buat bilik kecil dan hendaklah disediakan satu alat penghawa dingin.
4. Rack yang akan disambungkan kepada bekalan kuasa 250V mestilah mempunyai satu wayar yang akan dibumikan.

p/s : Dengan penuh kesabaran menunggu ketibaan Rack 24U.

Apakah Makna Di Sebalik 1 Gov*Net?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ntah kenapa tetiba aku nak share maklumat ni pada korang semua. Minggu ni sibuk dengan hal 1 Gov*Net jer. Sampai aku tak ada masa yang cukup untuk take care pondok kecil aku ni. Kesian-kesian. Bagi mereka yang seangkatan dengan aku, maybe korang dah mengetahui apa yang aku nak ceritakan ni. Tengok tajuk pun dah boleh agak. Hehe. Tak apa la. Aku cerita je dalam ni, pada yang belum mengetahui, baca la sampai habis kalau korang nak tahu.

1 Gov*Net adalah rangkaian bersepadu untuk sektor awam yang terletak di satu pusat bagi menyediakan komunikasi untuk persidangan data, suara dan video untuk semua agensi kerajaan di peringkat negeri persekutuan serta pihak berkuasa tempatan.

Kelmarin satu rombongan Telekom, GITN dan MOA hadir ke pejabat aku untuk membuat lawatan tapak sempena Program 1 Gov*Net. Kat tempat aku kerja ni akan dapat 3 laluan jalur lebar berkapasiti 2Mbps. Laluan ini menggunakan sepenuhnya kabel optik. Satu laluan akan boleh akses Internet, Intranet dan juga aplikasi Eg Net.

Menurut Pegawai GITN yang memberi taklimat kelmarin, line ini boleh dipecahkan dan dibahagikan mengikut kehendak pengguna. Contoh :-

Laluan untuk penggunaan Internet : 40%
Laluan untuk penggunaan Aplikasi Eg Net : 60%

Kelebihannya apabila buat pembahagian macam ni, laluan yang mempunyai penggunaan yang banyak akan diberi keutamaan. Contoh yang Pegawai tu bagi “Senang nak faham macam ni la. Sekiranya satu jalan tu dilalui oleh Ambulans yang sedang dalam kecemasan, penggunaan jalan raya yang lain terpaksa memberi laluan”.

Objektif 1 Gov*Net adalah :-

1. Untuk menubuhkan satu Kerajaan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu yang selamat dan boleh dipercayai untuk semua agensi-agensi Kerajaan.
2. Untuk menyokong pelbagai perkhidmatan komunikasi termasuk komunikasi untuk persidangan data, suara dan video.

p/s : Kalau ada terkurang pasal maklumat 1Gov*Net ni, harap kongsi la dekat ruangan komen dibawah. Mana tahu, apa yang aku tak tahu, korang tahu. Kan???