Tag Archives: google team

Pondok Kecil Terima Amaran Dari Google Team

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Contest iphone 5 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Dalam kesibukan kerja, keluarga dan blog, sempat juga pondok kecil mengumpul klik Google Plus sebanyak 76 klik. Terima kasih kepada mereka yang setia menyokong pondok kecil. Walaupun jumlahnya yang kurang memberansangkan, namun aku tetap bersyukur. Ada juga insan yang baik hati menyokong pondok kecil. Sungguh terharu dibuatnya.

Untuk hasil undian pula pondok kecil telah mendapat undian sebanyak 124 undian pada tarikh 17 Disember 2012. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan buat mereka yang sudi mengundi pondok kecil. Tak kiralah undian setiap hari ataupun seminggu sekali, semuanya aku ucapkan jutaan terima kasih. Amat susah sekarang ini untuk melawan mereka yang berada di undian yang paling banyak. Ada yang dah sampai 400 lebih undian. Wahhh bila la pondok kecil mampu mengejarnya. Ya betul usaha berterusan membuahkan hasil. Tidak mengapa, selagi ada ruang dan waktu, selagi belum sampai tarikh terakhirnya, hak menang hak pondok kecil. Haha. Continue reading