Tag Archives: haiwan peliharaan

Kau Pergi Jua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tanggal 6 April 2013, satu detik hitam berlaku dalam sejarah hidup aku. Sepasang angsa telah dipelihara semenjak tahun lepas dengan penuh kasih sayang. Sekarang, seekor telah pergi meninggalkan dunia ini. Pemergian si ibu angsa tak akan kembali lagi. Tinggallah si bapa keseorangan. Penuh dengan kesunyian. InsyaAllah dalam masa terdekat ini aku akan cari penggantinya. Kisahnya berlaku pada Jumaat yang lepas.

pagar untuk angsa

Ini gambar masa aku lepas siapkan pagar baru.

Continue reading

Pagar Untuk Angsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama menyibukkan diri dengan aktiviti luar rumah, akhirnya siap juga pagar untuk angsa aku tu. Masa yang diambil agak lama juga. Sebulan adalah satu tempoh masa yang lama untuk menyiapkan pagar yang berukuran 20′ x 20′. Maklum la buat sendiri, dan buat seorangan memang mengambil masa sedikit. Tambahan pula tanggungjawab sebagai seorang pekerja haruslah diutamakan dahulu. Aktiviti buat pagar ni boleh diberi perhatian apabila pulang dari kerja jer. Hari cuti sibuk nak balik kampung. Haha.

Setelah sebulan memematkan diri, akhirnya kini aku boleh tersenyum gembira. Walaupun hakikatnya ada sebatang dua tiang yang dah patah. Haha. Apa boleh buat dah tiang tu rapuh. Biasa la tiang beli di kedai memang tak berapa nak keras sikit. Kecuali buat sendiri. Baru puas hati. Mungkin untuk lain kalinya, aku akan buat turus pagar sendiri.

pagar untuk angsa

Continue reading

Flyer IC Haiwan Kesayangan

Kad Pengenalan Haiwan Peliharaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Laaa aku baru tahu. Sedangkan benda ni dah lama wujud. Pelihara kucing selama ni tak pernah pun tahu kena register. Bila aku tengok flyer Kad Pengenalan Haiwan Kesayangan ni, tetiba aku tersenyum. Rasa nak tergelak pun ada. Hahaha.

Dalam Metro pun ada cerita pasal menda ni semua. Dulu aku tak ambil cakna sangat hal-hal berkaitan dalam akhbar ni. Sejak adanya Pondok Kecil, rasa macam nak ambil tahu semua.

Flyer IC Haiwan KesayanganDalam blog ini pun ada menceritakan pasal menda ni semua. Rupanya dah lama Jabatan Veterinar keluarkan maklumat ni. Nampaknya kucing kat rumah aku tu, kena pergi dekat pejabat Veterinar terdekat la untuk didaftarkan.Bawa RM 7.00 boleh proses lalu.

Haiya kucing pun kena buat IC. Macam-macam lah.