Tag Archives: hari raya

Cerita Sempena Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehangatan dan kemeriahan hari raya telah menampakkan sinarnya. Kesyahduan lagu hari raya sudah pun berkumandang. Hiba, pilu, gembira, dan segala bagai lagi rasa singgah mencoret pada kenangan lampau. Sungguh indah suasana malam ini. Malam yang sunyi daripada bunyi-bunyi sang cengkerik menimbulkan tanda tanya dalam diri ini. Adakah malam ini malam Lailatul Qadar? Malam yang dicari dan dinantikan oleh umat Islam seluruhnya.

indah hari raya ibarat indahnya bulan purnama

Kredit : Wordless Wednesday – # Oh bulan!

Continue reading

Hari Raya Hari Untuk Bermaaf-Maafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Macam mana hari raya rakan blogger sekalian? Adakah meriah? Adakah Suram? Adakah penuh dengan kejutan? Walau apa-apa pun suasana yang berlaku di hari raya ini, aku harap korang semua berbahagia meraikan hari yang mulia ini bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.

Sinonim dengan hari raya adalah hari untuk kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Andai ada kelukaan yang terpahat dihati, ubatilah ia dengan satu kemaafan. Hanya memaafkan kesalahan orang lain sahaja yang dapat mengubati hati yang luka. Ibarat kata pujangga, buang yang keruh ambil yang jernih. Tak rugi andai hari yang mulia ini kita sinari dengan perasaan yang gembira dan saling mengukir senyuman sesama kita.

Sumber : Google

Continue reading