Tag Archives: hatiputera

Blog Review : 1 Hari 1 Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ringkas dan padat jer ni. Haha. Terbaca entri blog rakan blogger, hatiputera yang bertajuk Blog Review di blog sop.name.my. Asalnya memang aku tak faham apakah yang disertai oleh rakan blogger hatiputera ni. Last2 masuk dekat blog tuan punya pun masih juga tak faham. Baca beberapa komen dan melawat beberapa link blog yang terdapat pada komen blog Sop, baru la faham. Aduss..

Untung badan kalau ada orang nak review blog kita kan. Sekurang-kurangnya dapat juga kita perbaiki setiap kelemahan yang terdapat dalam blog kita nanti. Rakan blogger, jom join sekaki. Macam mana nak join?

Caranya senang jer.

1. Buat 1 entry bertajuk “Blog Review di blog sop.name.my

2. Masukkan banner Blog Review: 1 Hari 1 Blog pada entry tersebut

3. Sertakan link entry ini pada banner atau entry

4. Tinggalkan URL entry anda di ruangan komen.

 

Sekadar Tengok Dan Baca

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni ada luang sekejap dan aku teruskan kerja aku melawat rakan blogger. Aku tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh Abang Ensem atau nama ringkas AE. Itu pun setelah aku membaca entri blog hatiputera iaitu Abang Ensem Di Mata Aku. Aku sekadar baca dan tengok jela hadiah dan maklumat contest ni. Hadiah memang cukup-cukup menarik. Penyertaan pun cukup-cukup mudah.

Sebenarnya aku berkenan sangat dengan contest ni. Tapi bila fikir-fikir balik, ada beberapa masalah yang membelanggu fikiran aku:-

1. Pondok Kecil tak ada akaun Facebook.

2. Mustahil kalau aku nak dapatkan jumlah LIKE yang banyak tambahan pula aku tak ada ramai kenalan ataupun kawan.

3. Nak promosikan ebook AE tu bukan sesuatu yang mudah disamping pelawat yang melawat Pondok Kecil masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Hampir sejam juga aku termenun di laman Abang Ensem. Best nya hadiah yang ditawarkan. Tak apa la. Maybe tak ada rezeki Pondok Kecil lagi tu. Komen-komen pelawat untuk contest Abang Ensem tu sedikit sebanyak mengubat hati yang sayu ni. Hehe.

p/s : Gudk Luck kepada mereka yang telah menyertai.

Terima Kasih Owner Blog Hatiputera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ni ada masa luang tapi mood tak berapa baik untuk update Pondok Kecil sebab My Mom tak berapa nak sihat. Dah 2 hari tak makan. Makan sekeping roti jer kelmarin. Pagi ni minum air susu jer. Harap My Mom cepat-cepat sembuh. Demi impian yang sedang menanti, aku kuatkan juga melawan perasaan malas untuk update Pondok Kecil ni.

Macam selalu la bila buka wordpress Pondok Kecil, perkara nombor satu aku akan check komen dulu. Perkara nombor dua check traffic. Perkara nombor tiga, tulis entri. Sedang check komen pengunjung, tetiba aku terpandang komen hatiputera dengan link Top Commentator Lelaki Kacak Mei. Apa lagi aku cepat-cepat klik pada link tersebut.

Sumber : Blog hatiputera

Hehe. Ternyata entri hatiputera pasal top komen ni telah buat aku tersenyum. Hehe. Gembira nya aku pagi ni menulis entri dengan senyuman yang sangat menawan. Walaupun insentif tunai ni jumlah dia tak banyak,tapi cukup bermakna bagi aku sebagai orang baru dalam dunia blog ni. Dan ini adalah insentif sulung yang aku dapat sejak Pondok Kecil dibangunkan. Dengan ini, mood aku makin bertambah baik dan bersemangat untuk terus berkarya dalam Pondok Kecil ku ini.

Untuk rakan blogger yang bagi peluang kat aku bagi mendapatkan insentif ni,aku ucapkan ribuan terima kasih. Aku tahu, korang boleh komen banyak lagi dari aku. Tapi kenapa korang tak buat macam tu? Jebeng Otai, Tehr, Izzuddin Fauzi dan Suri, korang bagi muka untuk aku dapatkan insentif ni ke?

Terbaikkkk

Terima kasih juga kepada owner blog hatiputera kerana insentif yang diberikan, sangat-sangat bermakna untuk Pondok Kecil. Hehe.

p/s : Bila Pondok Kecil sudah stabil, InsyaAllah aku akan buat sedikit contest macam rakan blogger buat sekarang ni.