Tag Archives: hidup berpoligami

Anak Ramai – Beban Atau Rezeki?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anak ramai – Beban atau rezeki?

Kalau korang tanya aku soalan tu, semestinya aku akan jawab anak adalah rezeki yang tidak ternilai harganya. Anak merupakan pelengkap kepada sebuah kehidupan berkeluarga yang membawa kepada kebahagiaan hidup yang abadi.

Anak Ramai – Beban Atau Rezeki?

Sekadar gambar hiasan : Google Images

Continue reading

Santapan Rohani – Kepentingan Mentaati Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu ilmu yang sangat berguna, iaitu Kepentingan Mentaati Suami. Ilmu yang mungkin boleh memenuhkan lagi ruang kerohanian korang semua. Hehe. Bukan niat nak jadi ustaz tapi hanya melaksanakan tugas sesama kita iaitu saling nasihat menasihati. Entri ni aku tulis khas buat kaum perempuan yang sudah bergelar isteri. Tak kiralah isteri nombor berapa dan ilmu yang ingin aku kongsikan ini semua boleh merasa.

Sebut jer isteri nombor berapa ni, aku teringat akan satu kisah yang pernah disampaikan oleh rakan sekerja. Aku hairan, pelik, dan tak logik pun ada. Korang bayangkan, si suami ni kawin empat. Isteri dia semuanya tinggal dalam satu rumah. Tapi bilik asing-asing la. Bila si suami balik kerja, semua beratur depan pintu nak sambut kepulangan suami. Makan pun macam tu juga. Nak kena tunggu suami dulu baru boleh makan.

Haiya. Rata-rata aku dengar, hidup bermadu ni menyiksakan. Namun dalam kisah di atas, aku rasa hidup bermadu sungguh menikmatkan. Haha. Dah la aku malas nak cerita panjang-panjang bab hidup bermadu ni. Kan tak pasal-pasal ada yang tak puas hati. Kan ada lesung batu yang melayang nanti. Periuk belanga semua terbang, tak sempat aku nak tempis karang. Jurus-jurus dalam menangani kes macam ni belum aku pelajari lagi dari pak cik yang hebat tu. Haha. Ok. Ok. Aku tak cerita dah.

Continue reading