Tag Archives: impian

Sudah Cukup Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari meninggalkan halaman Pondok Kecil mencari sedikit ketenangan akhirnya membuahkan kegagalan. Benih-benih harapan yang disemai beberapa hari yang lepas sudah menampakkan tunasnya. Tunas yang tidak elok untuk dibiarkan membesar sehingga menjadi anak pokok. Kelak sekiranya tidak dicatas, maka bunga yang akan berputik juga tidak menampakkan hasilnya. Tunas kemalasan yang semakin disemai memang tidak patut dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan. Kelak, ia akan menghancurkan kehidupan kita.

sudah cukup sudah

Kredit : Google

Continue reading

Top Komentator Oktober 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali ini diteruskan lagi dengan top komentator pondok kecil untuk bulan Oktober 2012. Rasanya baru semalam mengarang entri Top Komentator September 2012 Pondok Kecil. Tetiba pagi ni kena karang lagi entri top komentator ni. Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar tahun 2012 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka. Banyak kenangan pahit manis yang di lalui sepanjang penglibatan dalam arena blogging. Semoga dugaan yang dilalui ini, dan yang bakal dilalui menguatkan lagi semangat aku untuk mengejar impian di halaman pondok kecil.

Dalam dunia blogging, tidak meriah sekiranya tiada hubungan di antara rakan blogger yang lain. Sokongan daripada rakan blogger sekalian, menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dalam dunia blogging. Tidak kepada rakan blogger sahaja, kepada pembaca yang setia, yang tidak mempunyai blog, semuanya aku hargai. Sepanjang penglibatan aku dalam arena blogging sehingga sekarang, tidak ada seorang pun dari mereka yang tak mempunyai blog berjaya menjadi top komentator pondok kecil. Adakah blog pondok kecil tidak mendapat perhatian daripada mereka semua? Adakah entri yang terdapat di halaman pondok kecil masih belum buat korang teruja? Adakah plugin top komentator hanya untuk mereka yang mempunyai blog sahaja? Hehe.

Continue reading

Wazif Picture

Anak Anugerah Terindah Dalam Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Diberikan kepada pasangan yang bergelar suami isteri untuk di jaga dan di didik agar menjadi insan yang soleh. Anak ibarat kain putih yang akan dicorakkkan oleh ibu bapa menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Dalam kehidupan ahli keluarga Pondok Kecil, anak adalah segala-galanya. Dia membawa sinar, keceriaan dan kegembiraan buat kami suami isteri. Tanpa anak, suram lah cahaya dalam Pondok Kecil ini. Impian untuk melihat anak berjaya memang kami nanti-nantikan.

Wazif Picture

Jalan-Jalan @ Bukit Keluang

Memang tidak dinafikan pasangan yang berkahwin pasti akan mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bagi ibu mengandung pula, anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari akan dijaga sebaik mungkin. Sanggup bersusah-payah membawa kandungan kemana sahaja dia pergi. Pengorbanan ibu memang tiada nilainya. Susah senang semasa melahirkan anak menjadi memori terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Wazif Picture

Taman Permainan @ Bukit Keluang

Masa yang terluang akan aku habiskan untuk anak dan keluarga tercinta. Lima hari sibuk dengan tugasan kerja, masa yang lapang tidak pernah aku sia-siakan. Dulu banyak masa aku habiskan diluar bersama kawan-kawan. Tapi dengan hadirnya anak, aku lupakan segala-gala. Aku isikan memori yang terindah dalam Pondok Kecilku ini.

p/s : Adik, cepat besar yer..Kita main Polis Entri Pulak. Haha.