Tag Archives: indahnya kehidupan berkeluarga

Terima Kasih Rakan Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Walaupun sukar, walaupun pahit, ia tetap di telan juga. Itulah namanya kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan tekanan perasaan dan emosi. Selepas artikel bertajuk Bagi Ayah Masa Untuk Ayah Temui KEKAYAAN disiarkan di halaman Pondok Kecil, sekali lagi hati aku terguris. Hati yang begitu sensitif sekali lagi terasa ingin mengalirkan air mata. Begitu besar impak yang korang tinggalkan pada artikel tersebut. Terima kasih rakan blogger. Korang memang sporting dan baik hati arrr.

terima kasih rakan blogger

Kredit : Ajaibnya Air mata, Maka Janganlah Ragu untuk Menangis

Continue reading

Indahnya Kehidupan Berkeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan dalam rumahtangga merupakan faktor pendorong kepada keharmonian sesebuah keluarga. Suasana bermaksud keadaan sekeliling yang boleh mempengaruhi setiap corak, emosi, dan pergerakan dalam kehidupan kita. Tanpa keharmonian dalam kehidupan, sesebuah keluarga itu diibaratkan sebagai layang-layang terputus talinya. Terumbang ambing di langit biru tanpa matlamat dan arah tuju.

kehidupan

Kredit : Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Dalam hidup yang singkat ini, apa lagi yang kita mahu nikmati selain daripada kekayaan, saham akhirat, kebahagiaan berkeluarga juga perlu diberi keutamaan. Sesibuk mana pun kita dalam melakukan urusan seharian, akhir sekali keluarga juga dijadikan tempat mengadu dan rujukan yang terbaik.

Continue reading