Tag Archives: Internet

Internet Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Internet adalah sumber rujukan yang sangat penting. Dulu main internet sekadar hiburan masa lapang sahaja. Aku kenal dunia internet dah lama. Masa zaman sekolah menengah lagi. Masa tu, terpengaruh dengan kawan lah. Setiap hujung minggu mesti ajak aku ke cyber cafe di Bandar Jerteh. Sekarang cyber cafe tu tinggal bangunan aje. Masa tu aku tinggal di asrama. Setiap hari Khamis dan Sabtu, mesti kena pergi Cyber Cafe. Yer la kawan aku sorang tu dah jadi pelanggan tegar kampung chat. Entah apa disembangkannya pun tak tahu.

kelebihan internet Continue reading

Internet Adalah Platfon Bekerja Juga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Internet memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Sangat penting sampaikan ada yang menyatakan Generasi Y memang memerlukan internet disebabkan itu adalah salah satu platfon untuk dia bekerja juga. Betul ke??? Hehe. Jom kita cerita pasal Generasi X, Y dan Z terlebih dahulu.

Kenali Generasi X, Y dan Z melalui tarikh lahir.

1. Generasi X (lahir antara 1965 – 1976)
2. Generasi Y (lahir antara 1977 – 1997)
3. Generasi Z (lahir antara 1998 hingga kini)

Menurut apa yang aku study dari Pakcik Google, Generasi X ialah generasi internet dan generasi ini menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran. Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

Generasi Y pula ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed). Emm pasal ingin kan sesuatu yang pantas tu aku rasa kena la dengan perangai aku yang sentiasa mahukan sesuatu benda dengan kadar yang segera. Hehe.

Bagimana pula dengan Generasi Z??? Korang boleh tolong jelaskan?

Terima Kasih kepada pihak Kontraktor Telekom kerana telah membaiki talian internet di pejabat aku. Korang telah buat kotak pikiran aku kembali aman. Bukan aku saja yang stress bila internet tiada, tapi orang lain lagi stress kot. Hehe. Lambatnya nak tunggu projek 1 Gov*Net selesai. Tak saba dah nak rasa macam mana kehebatan Fiber Optik. Hehe.

Kecurian kabel telefon makin menjadi-jadi. Sampaikan sudah famous iklan untuk menangani masalah ni kat Televisyen. Hah. Jom layan video ni.