Tag Archives: iphone 5 gadget impian

Wordless Wednesday #35 – Terima Kasih Suri – Blog cahayacinta.com

lagi menarik jika diambil dengan iphone 5 gadget impian

Cenderahati pemberian daripada Suri pemilik blog cahayacinta.com. Terima kasih suri. akan disimpan sebagai tanda kenangan.

p/s : Sokonglah Pondok Kecil dalam contest SEO iphone 5 gadget impian, blog popular dan 2012 tahunku yang kacakdengan mengklik pada butang media sosial yang ada di setiap artikel tersebut. Terima kasih.

Sugar Glider Yang Popular

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kali dalam hidup aku mendengar perkataan Sugar Glider. Seorang sahabat baik telah membela Sugar Glider dan walaupun hanya melihat dalam gambar sahaja, namun aku begitu teruja untuk melihat sendiri macam mana rupa paras Sugar Glider ni. Malam ni terasa nak kongsi sedikit cerita berkenaan dengan Sugar Glider yang popular ini. Walaupun hakikatnya haiwan ini telah lama hidup dimuka bumi, namun ia sentiasa menjadi perhatian penggemar haiwan peliharaan.

Tahukah Anda?

Sugar Glider adalah merupakan sejenis haiwan yang boleh didapati di seluruh bahagian Utara dan Timur Tanah Besar Australia, Tasmania, Papua New Guinea dan beberapa jenis kepulauan lagi termasukkan Indonesia dan Kepulauan Bismarck. Haiwan ini telah diperkenalkan di Tasmania pada tahun 1835 dan ia menghabiskan masanya dengan berada di atas pokok dan lubang pada pokok dijadikan sebagai tempat tinggal.

sugar galider yang popular

Continue reading

Selamat Tinggal Nuffnang Pondok Kecil Ucapkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat tinggal Nuffnang. Tajuk diberi berdasarkan kepada jawapan untuk persoalan aku selama ini. Mungkin ini adalah keputusan muktamad aku sebagai peneraju bahtera pondok kecil. Satu tajuk yang telah mendapat jawapan yang pasti selepas meminta pandangan daripada rakan blogger, saudara Eizil. Terima kasih kepada saudara Eizil kerana begitu yakin menjawab persoalan yang terbuku selama seminggu dua ni.

gambar menyokong iphone 5 gadget impian

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Sepertimana yang korang semua perasan, bahagian atas header tu aku telah gantikan iklan nuffnang dengan banner insentif tunai denaihati. Di bahagian sidebar pula aku letakkan iklan berkenaan dengan hartanah yang mana iklan ni sangat popular di kalangan rakan blogger sekalian. Manakala di bahagian tengah antara entri pertama dan kedua, aku juga letakkan iklan berkenaan dengan samseng Facebook. Siapa yang nak jadi samseng Facebook, klik la iklan tu dan belajar macam mana nak jadi samseng media sosial. Haha.

Continue reading

iPhone 5 Gadget Impian

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

iPhone 5 Gadget Impian merupakan cabaran untuk contest SEO. Melihat kepada arus perubahan teknologi masa kini, memang begitu pesat ia membangun. Setiap hari pereka dan jurutera teknologi giat memikirkan akan pembaharuan ke atas setiap produk keluaran mereka. Syarikat Apple pula sentiasa mencari pembaharuan untuk memastikan keluaran iphone mereka terus mendapat perhatian pengguna dunia. Bagi aku sendiri sebagai seorang penggemar teknologi komunikasi dan juga perkomputeran, memang aku akui. Terlalu cepat perubahan yang berlaku sehinggakan aku sendiri tidak sempat untuk mengikuti segala perkembangannya.

Iphone 5 Gadget Impian

Kredit : denaihati.com

Continue reading

10 entri terbaik Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

10 entri terbaik Denaihati. Siap sudah aku update Pondok Kecil ni dengan entri yang bertajuk Almari Sangkut Baju. Macam biasa apabila setiap entri yang dah siap di siarkan (publish) dalam pondok kecil, aku akan klik setiap icon perkongsian yang terdapat pada akhir entri. Butang Google plus, butang Tweet, dan butang Facebook.

Selepas aku menyiarkan entri aku dalam Facebook Denaihati Network, aku terpandang satu coretan kata ni. Amat menarik dan tangan aku pantas jer klik pada link yang diberikan. Coretan kata itu bagaikan satu persoalan yang memaksa aku untuk mencari jawapannya.

iphone 5 gadjet impian Continue reading