Tag Archives: kayap

Rindu Sangat Kat Awak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rindu sangat kat awak. Satu lagi keyword yang masuk dalam bakul pencarian untuk blog Pondok Kecil. Sememangnya keyword sebegini akan memberikan aku semangat untuk terus bermaharajalela dalam dunia blog. Entah lah. Mungkin perkara sebegini adalah diluar jangkaan. Ia hadir tak di jemput dan pergi tak di suruh. Keyword pelik macam ni kadang buat aku terfikir juga. Entah mana datangnya dan kenapa tersasar sampai ke blog Pondok Kecil.

rindu

Continue reading

Penawar Kayap Tapak Anjing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Penawar yang paling mujarab adalah memohon pertolongan kepada Allah agar penyakit itu segera disembuhkan kerana semua itu berlaku dengan izin-Nya. Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk mengambil sejenis pokok herba untuk dijadikan penawar kayap tapak anjing ni. Aku tak tahu kenapa orang tua memberi nama sedemikian. Mungkin kerana rupa dan bentuknya seakan tapak anjing. Kadang-kadang aku terfikir juga. Kenapa tak letak nama kayap tapak kucing dan nama tu aku rasa sesuai sikit. Hehe.

penawar kayap tapak anjing

Continue reading

Aku Naik Kayap Vs Ombak Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yang lalu, aku rasa semacam jer badan aku ni. Rasa lenguh, sengal di bahu, lengan dan dada sebelah kiri semakin hari semakin kuat terasa. Perasaan bimbang selalu menyelubungi jiwa aku setiap kali rasa sengal datang menyerang. Walaupun sengalnya tak kuat sangat dan masih mampu buat muka selamber, namun perasaan ingin tahu begitu mendalam sekali. Haha. Sehinggalah petang semalam ada tompok-tompok kemerahan mula timbul di bahagian dada. Aku perasan pun sebab gatal jer.

Kayap

Continue reading