Tag Archives: kehidupan perlukan kesabaran

Terima Kasih Rakan Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Walaupun sukar, walaupun pahit, ia tetap di telan juga. Itulah namanya kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan tekanan perasaan dan emosi. Selepas artikel bertajuk Bagi Ayah Masa Untuk Ayah Temui KEKAYAAN disiarkan di halaman Pondok Kecil, sekali lagi hati aku terguris. Hati yang begitu sensitif sekali lagi terasa ingin mengalirkan air mata. Begitu besar impak yang korang tinggalkan pada artikel tersebut. Terima kasih rakan blogger. Korang memang sporting dan baik hati arrr.

terima kasih rakan blogger

Kredit : Ajaibnya Air mata, Maka Janganlah Ragu untuk Menangis

Continue reading

Bagi Ayah Masa Untuk Ayah Temui KEKAYAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kerenah kehidupan manusia yang bergelar suami isteri banyak ragamnya. Banyak kerenahnya yang terpaksa kita tempuhi. Dalam kehidupan yang kian mencabar ini, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sedikit mencekam, banyak faktor yang perlu di ambil kira terutama dalam soal kewangan. Pengurusan keluarga yang berkualiti menyebut, salah satu kejayaan untuk dicapai dalam mewujudkan pengurusan keluarga yang sempurna adalah aspek kewangan. Selain daripada itu, masa yang dilaburkan bersama keluarga juga merupakan aspek yang perlu dititik beratkan. Memang sukar untuk menguruskan keluarga. Tambahan pula beban dan tanggungjawab yang dipikul oleh ketua keluarga.

anak penyeri kehidupan di alam perkahwinan untuk temui kekayaan

Kredit : Bila Mereka Bertanya Tentang Perkahwinan

Continue reading

Top Komentator Jun 2013 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Jun 2013 meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan dan pengalaman yang indah. Tidak dilupakan juga pada pengalaman pahit dan masam dalam meniti arus kehidupan seharian. Onak duri dan ranjau berbisa sepanjang bulan Jun 2013 telah menjadi sejarah dan garis panduan untuk menempuh bulan Julai yang mana akan menjadi permulaan untuk sebuah kenangan yang baru. Dalam melengkapkan diri untuk menjadi manusia yang sempurna, faktor utama yang perlu di ambil kira adalah kesabaran.

top komentator

Kredit : Selamat datang ke Kampung Jenjarom, Banting

Continue reading

Kehidupan Tak Seindah Yang Diharapkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan ini ibarat satu pusingan roda. Dan sentiasa berpusing di atas paksi yang sama. Kehidupan sedikit pun tidak mengendahkan akan kelukaan dan kekecewaan yang di alami manusia. Kenangan dan pengalaman hidup banyak mengajar erti kehidupan. Bagaimana manusia mencorakkan warna-warni kehidupan ini, begitulah kesannya pada perjalanan hidup seorang manusia.

Andai ia dicorakkan dengan warna yang ceria, maka kehidupan tersebut akan di penuhi dengan keceriaan. Dan sebaliknya jika ia mencorakkan warna yang buruk dan hodoh. Kesannya, kehidupan akan selalu bertemu dengan kekecewaan. Dalam hidup ini, kita mempunyai banyak pilihan. Kita bebas untuk memilih jalan kehidupan sejajar dengan rentak dan perkembangan masa kini. Selagi tidak terposong pada jalan yang ditetapkan (Agama).

Jangan selalu termenung nanti ada yang merenung....

Continue reading