Tag Archives: kehidupan sempurna

Terima Kasih Rakan Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Walaupun sukar, walaupun pahit, ia tetap di telan juga. Itulah namanya kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan tekanan perasaan dan emosi. Selepas artikel bertajuk Bagi Ayah Masa Untuk Ayah Temui KEKAYAAN disiarkan di halaman Pondok Kecil, sekali lagi hati aku terguris. Hati yang begitu sensitif sekali lagi terasa ingin mengalirkan air mata. Begitu besar impak yang korang tinggalkan pada artikel tersebut. Terima kasih rakan blogger. Korang memang sporting dan baik hati arrr.

terima kasih rakan blogger

Kredit : Ajaibnya Air mata, Maka Janganlah Ragu untuk Menangis

Continue reading

Bagi Ayah Masa Untuk Ayah Temui KEKAYAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kerenah kehidupan manusia yang bergelar suami isteri banyak ragamnya. Banyak kerenahnya yang terpaksa kita tempuhi. Dalam kehidupan yang kian mencabar ini, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sedikit mencekam, banyak faktor yang perlu di ambil kira terutama dalam soal kewangan. Pengurusan keluarga yang berkualiti menyebut, salah satu kejayaan untuk dicapai dalam mewujudkan pengurusan keluarga yang sempurna adalah aspek kewangan. Selain daripada itu, masa yang dilaburkan bersama keluarga juga merupakan aspek yang perlu dititik beratkan. Memang sukar untuk menguruskan keluarga. Tambahan pula beban dan tanggungjawab yang dipikul oleh ketua keluarga.

anak penyeri kehidupan di alam perkahwinan untuk temui kekayaan

Kredit : Bila Mereka Bertanya Tentang Perkahwinan

Continue reading

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2012 tahunku yang kacak. Tajuk artikel ini adalah sebagai penyertaan untuk contest rakan blogger, spudinpunya dot com. Contest yang sungguh unik kerana terpaksa diolah jalan cerita berpandukan kepada tajuk yang diberi. Apakah pengisian yang terdapat dalam hidup aku untuk tahun 2012 ni? Sebelum memulakan penulisan artikel ni, aku merenun dan mengimbas kembali apakah perkara yang bermanfaat yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2012 ni. Sepanjang tahun 2012 ni, tiada yang paling berharga melainkan wujudnya blog pondok kecil. Selebihnya adalah perkara biasa sahaja yang berlaku sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

2012 tahunku yang kacak

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Continue reading