Tag Archives: kelebihan facebook

facebook rozaimi, netmar sabah

Facebook Rozaimi Abd Rahman

Rozaimi Abd Rahman atau digelar “Neymar Sabah” kini menjadi buah mulut peminat-peminat bolasepak di negara kita terutama orang Sabah sendiri. Cetusan gol demi gol di perlawanan Kelayakan Piala Asia Bawah 22 di Myanmar menjadi titik pemulaan  kerjaya Rozaimi Abd Rahman untuk lebih berjaya dan dikenali.

Kerjaya anak kelahiran Sabah ini bermula agak perlahan, mana tidaknya menurut sumber Rozaimi Abd Rahman ini bukanlah mewakili sabah semasa di peringkat umur. Namun ini bukanlah alasan untuk insan bernama Rozaimi Abd Rahman untuk tidak berjaya.

Malam tadi Rozaimi Abd Rahman gagal membantu Sabah untuk kekal bermain di Liga Super 2013. kalah kepada kedah 0-1 bermakna Sabah akan bermain di Liga Premier. Namun persembahan Rozaimi Abd Rahman kini menjadi perhatian.

facebook rozaimi, netmar sabah

Kepada peminat Rozaimi Abd Rahman boleh terjah Facebook Rozaimi Abd Rahman_Offical29. Melalui facebook ini peminat Rozaimi  dapat mengikuti perkembang kerjaya beliua dengan penuh rapat dan pantas.

Nota : Artikel ini ditulis oleh admin blog Budak Felda selaku penulis jemputan di sini. Budak Felda juga ada berkongsi artikel berkaitan dengan idea dalam dunia blogging antaranya ialah Bagaimana Membina Niche Blog dalam Blogging. jom baca

Pondok Kecil @ Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama duk fikir, akhirnya Pondok Kecil telah berjaya membuat page Facebook.Tidak dinafikan memang banyak kelebihan apabila kita membuat page Facebook untuk blog sendiri. Tambahan pula sekarang ni sudah terbukti laman sosial adalah salah satu platfon yang terpenting di kalangan masyarakat dunia untuk berhubung disamping berkongsi maklumat antara satu sama lain.

Terima kasih kepada owner Pondok Kecil (aku sendiri) kerana bersusah payah membina dan menyiapkan page Facebook untuk Pondok Kecil. Ternyata memang sukar untuk membuat page ni. Tambahan pula ini adalah kali pertama aku membuat page Facebook.

Aku pernah bertanya pada rakan blogger bagaimana cara untuk membuat page Facebook ni. Aku ni pun satu. Dah tahu hal teknikal macam ni mana boleh bagitau melalui mesej. Haha. Face to face la kalau betul-betul nak tahu. Ada jugak cari dalam google tapi makin aku tak faham. Maybe tak kena dengan keyword yang aku taip kot. Hehe.

Betapa gembiranya hati aku bila dah ada yang klik LIKE. Perasaan gembira memang tak boleh nak digambarkan. Seperti dapat rumah banglo 4 tingkat jer. Hehe. Terima kasih kepada Ibu Mifzal Arsyad kerana menjadi orang pertama yang LIKE Pondok Kecil. Terima kasih juga kepada Latifahbee Kay kerana LIKE Pondok Kecil.

Harapan aku lepas ni agar rakan blogger semua sudi LIKE Pondok Kecil. Aku tak mampu memberikan apa-apa balasan. Aku mampu berdoa supaya traffic blog rakan blogger semua terus meningkat dari hari ke hari. Hehe. Terima kasih semua.

p/s : Jangan lupa klik LIKE Pondok Kecil kat sebelah kanan tu. Hehe.