Tag Archives: kelebihan najis angsa

Pagar Untuk Angsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama menyibukkan diri dengan aktiviti luar rumah, akhirnya siap juga pagar untuk angsa aku tu. Masa yang diambil agak lama juga. Sebulan adalah satu tempoh masa yang lama untuk menyiapkan pagar yang berukuran 20′ x 20′. Maklum la buat sendiri, dan buat seorangan memang mengambil masa sedikit. Tambahan pula tanggungjawab sebagai seorang pekerja haruslah diutamakan dahulu. Aktiviti buat pagar ni boleh diberi perhatian apabila pulang dari kerja jer. Hari cuti sibuk nak balik kampung. Haha.

Setelah sebulan memematkan diri, akhirnya kini aku boleh tersenyum gembira. Walaupun hakikatnya ada sebatang dua tiang yang dah patah. Haha. Apa boleh buat dah tiang tu rapuh. Biasa la tiang beli di kedai memang tak berapa nak keras sikit. Kecuali buat sendiri. Baru puas hati. Mungkin untuk lain kalinya, aku akan buat turus pagar sendiri.

pagar untuk angsa

Continue reading