Tag Archives: kemuliaan bulan ramadhan

Ragam Anak Yang Soleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat berpuasa kepada semua rakan blogger yang beragama Islam. Tinggal seminggu lebih jer lagi kita boleh menikmati keindahan bulan Ramadhan. Aku harap ni bukan Ramadhan yang terakhir dalam hidup aku. Banyak yang tidak dapat aku kejarkan sempena kemuliaan bulan Ramadhan ni. Pasti 10 malam terakhir akan dimanfaatkan sepenuhnya nanti. Aminnn.

Anak yang soleh pasti menjadi impian setiap ibu bapa. Anak yang soleh jugalah penyeri kehidupan kita di alam kubur nanti. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dianugerahkan anak yang baik dalam keluarga aku. Anak yang tak banyak ragam, anak yang senang untuk aku dan isteri menjaganya.

Haha. Banyak kenangan yang terindah dalam keluarga aku. Semuanya diserikan oleh anak aku yang comel ni. Melihat anak membesar dengan sihat, melihat setiap senyum dan tawanya sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam bagi kami sekeluarga. Tekanan kerja seharian bagaikan hilang begitu sahaja bila waktu lapang di isi dengan telatah dan keaktifan si anak ni. Asal jer masuk kol 6 lebih, start la ragam dia. Maklumla waktu tu time dia naik motor pusing kampung.

Continue reading