Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Gatal tapak kaki adalah sesuatu perkara yang pernah berlaku dalam hidup kita. Ia menyerang tanpa kita menduganya. Pernah kah tapak kaki korang gatal??? Dan macam mana cara korang menghilangkan kegatalan tersebut??? Dan aku tahu tiap kali kegatalan tu menyerang, pasti korang berada dalam tekanan. Sampai nak concentrate pada blog pun korang tak de mood.
Orang tua-tua kata, kalau gatal tapak kaki, nak pergi jalan-jalan. Kebetulan pada hari tu, aku memang nak balik kampung. Balik ke rumah orang tua. Aku seronok balik ke rumah mak. Sebanya dapat lakukan kerja di rumah. Talian internet, OK. Hehe. Mungkin betul jugak la apa yang orang tua katakan. Dan perumpamaan ini telah lama diperkatakan serta telah sinonim apabila tapak kaki gatal. Entahlah macam mana orang tua dulu-dulu dapat perumpamaan ini. Kadang-kadang bila difikirkan balik, memang hebat orang tua dahulu kala. Macam-macan petua dan macam-macam amalan yang mereka pelajari.
Bab gatal tapak kaki ni, aku pernah mengalaminya. Pernah juga merasainya. Perasaan masa tu, memang tak boleh nak bagitau sesiapa. Macam-macam cara aku cuba. Garu dengan pisau. Garu dengan sikat rambut dan macam-macam lagi objek yang aku guna. Namun gatal tu makin sedap jer menyerang tapak kaki aku. Tension kalau kena serang macam ni hari-hari.
Sampailah isteri aku suruh aku guna lighter. Aku mula-mula tak percaya. Macam nak bakar tapak kaki sendiri jer. Hehe. Last-last tak tahan sangat, aku pun pasrah. Aku cuba jugak cara yang isteri aku bagitau tu. Dan hasilnya, terus hilang.
Korang yang berani saja boleh buat. Korang jangan letakkan lighter dekat dengan tapak kaki. Masak la tapak kaki korang. Korang letak jauh-jauh dan biar haba panas jer rasa pada tapak kaki. Biarkan selama 2 minit, dan korang tengok la hasilnya.
Mahukan Kerja Sambilan Dirumah? Ini dia sumbernya. Klik SAHAJA.
Buntu Untuk Membuat Sistem Akaun? Ini Penyelesaiannya. KLIK SAHAJA
Kalau gatal berterusan, korang pergila jumpa doktor. Jumpa bomoh pun ok jugak. Haha. Aku dan buat dan rasa berbaloi jer. Tu pasal aku kongsikan kan dengan korang semua.
p/s : TIDAK DISARANKAN PADA MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT. Haha.