Tag Archives: kisah-kisah mimpi

Kisah Yang Tak Ingin Aku Lalui

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi isteri aku kena menghadiri satu perbincangan. Entah la apa yang dibincangkan di malam hari. Sibuk mengalahkan Menteri Besar. Tahulah bulan Julai ni ada pengundian pulak untuk kawasan Kuala Besut, Terengganu. Tak kan sebab tu isteri aku nak kena sibuk. Nak kata Ketua Wanita Umno, bukan. Emm lantak lah. Asal dia bahagia. Aku merana pun tak apa. Maka tinggallah aku bersama si anak kat rumah ni.

kisah yang tak ingin aku lalui

Continue reading

Hari Jumaat Yang Indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti kebiasaan hari-hari sebelumnya, apabila hendak ke tempat kerja ataupun hendak meronda-ronda kawasan kampung, aku akan melalui jalan yang sama. Jalan yang disajikan dengan suasana yang menyegarkan dan pemandangan yang sungguh mempersona. Betula lah apa kata mereka semua. Dari mata jatuh ke hati. Sungguh indah kejadian ciptaan yang Esa. Walaupun hanya sekadar sepohon kayu jauh dibendang sawah, namun ia adalah suatu pemandangan yang sungguh mengujakan. Luas mata memandang luas lagi jiwa yang merasa. Sungguh seronok hati ini setiap kali melalui jalan yang damai ini.

hari jumaat hari yang indah

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Continue reading