Tag Archives: komputer slow

Cara Meningkatkan Kelajuan Komputer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ni aku tulis khas untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh rakan blogger aku iaitu Man. Man, kalau entri ni tak membantu sory ek. Aku hanya tahu ni jer sebab masalah teknikal macam ni memang payah nak dijelaskan melalui penulisan. Kena ada objek di depan mata baru boleh nak explain lagi jelas. Lagipun aku bukan otai dalam membaiki komputer. Banyak lagi ilmu yang aku tak tahu. Hehe.

Antara perkara yang biasa aku lakukan bila komputer Running Slow :-

1. Check komputer tersebut ada virus ke tidak. Kadang-kadang masalah slow ni berpunca juga dari virus.

2. Kenalpasti antivirus yang dipakai. Adakah ia berlesen ataupun yang period. Kalau nak selamat, pakai yang berlesen. Aku suka pakai Kaspersky. Dah 3 tahun setia dengan Kaspersky.

3. Pastikan kapasiti hard disk tidak sepenuhnya digunakan. Data yang terdapat dalam hard disk boleh la buat Disk Defragmenter. Kurang-kurang 2 bulan sekali. Disk Defragmenter sudah tersedia dalam windows. Start Program > accessories > system tools.

4. Buang semua Registry dan History yang telah rosak dan tidak digunakan lagi dalam komputer dengan menggunakan perisian CCleaner.

5. Sekiranya windows yang digunakan jenis period, elokla turn off system update windows dan firewall.

6. Disable semua aplikasi yang tidak berguna pada startup. klik Run > msconfig > tab startup. Disable Winamp Agent, Hp Update (Sekiranya ada).

7. Setting balik performance Visual Effect. Right Clik My Computer > Properties > Advanced System Settings > Tab Advanced > Pada ruangan Performance > Setting.

Ikut sepertimana dalam gambar ni. Kemudian klik Apply > Ok.

Ni jela sedikit sebanyak apa yang aku boleh kongsikan. Kalau yang kurnag tu halalkan lah. Hehe.

p/s : Korang semua, kalau ada penambahan pasal maklumat ni, kongsi la ngn aku jugak. Komen korang amatlah dialu-alukan. Hehe