Tag Archives: la hot spring

Team Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabtu yang lepas, sempat meluangkan masa bersama keluarga setelah sekian lama menyibukkan diri dengan aktiviti seharian. La Hot Spring menjadi pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dah lama tak datang kat sini. Ternyata banyak perubahan yang telah dilaksanakan.

Kredit Picture : http://www.ceritahuda.com/2015/09/bersantai-di-la-hot-spring-besut.html

Kredit Picture : http://www.ceritahuda.com/2015/09/bersantai-di-la-hot-spring-besut.html

Continue reading

Contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang “

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kali aku nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan blogger, Melastik Bintang kerana mengadakan contest yang sangat menarik. Mujur lah penaja tak boleh join contest ni. Kalau boleh join, dah lama aku join. Dan tempat yang akan aku cadangkan adalah La Hot Spring. Haha. Ini kawasan penuh dengan kelapa sawit. Airnya tenang dan sungainya bersih. Kanak-kanak nak mandi manda pun tak perlu bimbang. Air cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Manakala air panasnya pula terbahagi kepada dua. Panas-panas suam dan panas-panas sangat. Tak perlu bimbang kerana air panas La Hot Spring setakat ni tak ada lagi manusia yang melecur.

destinasi percutian

Bila anak gembira, kita seronok. Bila seronok, tekanan pun hilang.

Continue reading

Cerita Jumaat dan Sabtu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah masa yang sibuk sudah pun aku lepaskan pergi. Hari jumaat dan Sabtu merupakan hari yang amat sibuk. Mengalahkan hari raya pula aku rasa. Maklumla orang jauh pulang ke kampung halaman. Terubat sedikit kerinduan pada anak-anak buah. Sebulan sekali jumpa pun belum tentu. Walaupun tak banyak masa dapat dihabiskan bersama, namun ia adalah suasana yang paling berharga. Hehe.

Hari Jumaat yang lepas, berkesempatan membawa keluarga pergi berkelah di La Hot Spring. Jarak perjalanan tidaklah begitu jauh. Hanya mengambil masa 30 minit dengan melalui kawasan ladang kelapa samit, memang mengujakan. Suasana yang lapang dengan pemandangan pokok-pokok kelapa sawit, memang amat mendamaikan jiwa. Tambahan  pula sekarang ini Felda membuat projek penanaman semula kelapa sawit dan kawasan penanamannya ibarat padang jarak padang terkukur.

jumaat dan sabtu

Continue reading