Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Beberapa hari yang lepas, aku termenun di bingkai jendela rumah. Berfikir akan masa depan dan hala tuju kehidupan aku bersama blog Pondok Kecil. Alangkah seronoknya waktu tu. Pelbagai kenangan dan memori indah singgah mewarnai dan menceriakan lagi awan-awan lamunan tersebut. Walaupun singgah untuk seketika, namun ia begitu bermakna. Jerih perih yang dilalui dulu terasa terubat untuk sementara waktu. Walaupun begitu, masih jauh lagi impian dan harapan yang belum dibina bersama blog Pondok Kecil.
Kredit : Google Images