Kacak merupakan suatu anugerah pemberian Ilahi kepada setiap hambanya yang bernama lelaki. Kacak adalah nikmat kehidupan yang dianugerahkan Allah S.W.T. untuk dijaga dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Kadang kala kita sebagai manusia ni terlupa. Mudah membangga diri dengan nikmat yang diberikan. Sedangkan kita sedar semua itu hanyalah pinjaman sahaja.
Setahun lebih pengalaman bersama blog Pondok Kecil adalah satu pengalaman yang sukar untuk diperolehi. Pengalaman pertama membuat blog, pengalaman pertama menggunakan platfon wordpress dan pelbagai pengalaman pertama lagi yang telah aku lalui. Sungguh indah kenangan dan pengalaman yang blog Pondok Kecil berikan. Sekarang, kalau mereka tanya, apa yang seronoknya ada blog? Dan secara mudahnya ini jawapan yang ingin aku berikan.
Entri kali ini diteruskan lagi dengan top komentator pondok kecil untuk bulan Oktober 2012. Rasanya baru semalam mengarang entri Top Komentator September 2012 Pondok Kecil. Tetiba pagi ni kena karang lagi entri top komentator ni. Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar tahun 2012 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka. Banyak kenangan pahit manis yang di lalui sepanjang penglibatan dalam arena blogging. Semoga dugaan yang dilalui ini, dan yang bakal dilalui menguatkan lagi semangat aku untuk mengejar impian di halaman pondok kecil.
Dalam dunia blogging, tidak meriah sekiranya tiada hubungan di antara rakan blogger yang lain. Sokongan daripada rakan blogger sekalian, menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dalam dunia blogging. Tidak kepada rakan blogger sahaja, kepada pembaca yang setia, yang tidak mempunyai blog, semuanya aku hargai. Sepanjang penglibatan aku dalam arena blogging sehingga sekarang, tidak ada seorang pun dari mereka yang tak mempunyai blog berjaya menjadi top komentator pondok kecil. Adakah blog pondok kecil tidak mendapat perhatian daripada mereka semua? Adakah entri yang terdapat di halaman pondok kecil masih belum buat korang teruja? Adakah plugin top komentator hanya untuk mereka yang mempunyai blog sahaja? Hehe.
Cabaran SEO anjuran Titan memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Banyak perkara yang aku pelajari. Diantaranya aku sudah faham macam mana nak buat keyword tu kasi pekat sikit. Hehe. Tapi banyak lagi yang perlu aku belajar. Aku mahu kuasai teknik SEO ni. Sebab teknik ni amat unik dan sukar untuk dikuasi. Bagi mereka yang sudah mahir tentang SEO ni, aku pasti yang korang dulu pun bermula dengan 0 juga kan? Tak tau apa itu SEO. Kegunaan SEO macam mana. Adus amat sukar untuk menuntut ilmu. Patutla nak masuk Universiti kena habiskan modal yang besar. Bagi mereka yang berpendaptan rendah, pinjaman ataupun biasiswa amat diharapkan.
Aku rasa aku dah kalah dalam Cabran SEO ni. Sebab aku baru lagi dalam dunia bloging ni. Tambahan pula bila aku serach keyword Lelaki Kacak, blog aku tak tau duduk page mana. Haha. Makin fed up aku nak teruskan. Tapi tak apa la. Ini masa kita blaja dulu. Lain masa, baru kita beradu. Hehe.
Bagi mereka yang duduk sibuk dengan Contest ni, aku ucapkan semoga Berjaya. Tak sabar rasanya nak tahu siapa pemenangnya. Hehe.