Tag Archives: masalah kesihatan

Selongkar Blog Nazri (30.06.2012)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Banyak juga kelebihan bila kita buat sport check untuk selongkar entri blog orang lain. Hehe. Hari ni (30.06.2012) adalah hari untuk aku selongkar Blog Nazri puas-puas dan sampai muntah-muntah. Tapi tak boleh nak bagi tumpuan sangat sebab ada kerja lain yang penting terpaksa aku dahulukan. Tak apa la. Kalau dah rezki aku, tak kan kemana kan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Blog Nazri ada buat pertandingan. Pengomen terbanyak akan mendapat wang tunai RM50. Sape tak nak kan. Lagipun mana nak dapat RM50 free-free. Ada lagi hadiahnya untuk pengomen tempat kedua, dan ketiga. Nak tahu lebih lanjut, baca la di sini.

Aku ingatkan aku la kaki komen terhebat. Selepas menjadi Top Commentator bulan Mei di Blog Hatiputera, akhirnya aku tewas kepada rakan blogger iaitu Saharol. Saharol ni memang terbaik la bab-bab komen ni. Hehe. Tak terlawan aku. Akhirnya tepat jam 10.00 malam, aku surrender walaupun pertandingan belum tamat lagi. Aku tak dapat bagi komitmen 100% untuk pertandingan ni.

Dalam masa aku selongkar Blog Nazri ni, banyak yang aku ketahui. Tentang penyakit tibi tulang belakang, penyakit gout, penyakit diabetes dan segala hal lagi berkenaan dengan penyakit. Kalau korang nak buat rujukan, aku rasa Blog Nazri ni memang elok la.

Dalam banyak-banyak entri Blog Nazri, ada beberapa entri yang cukup-cukup menarik perhatian aku. Menarik dari segi kisah kehidupan mangsa, dan penderitaan mangsa yang mengalami sesuatu penyakit. Paling terharu bila mangsa melibatkan bayi. Sape tak sedih kan bila anak kecil yang tak tahu apa-apa menjadi mangsa penyakit. Kuasa tuhan, siapa yang tahu akan hikmah disebalik semua ni kan. Kita sebagai manusia harus redha dan berusaha mencari penawar bagi sesuatu penyakit yang dihadapi.

Korang klik la link ini dan ini kalau korang nak tahu apa yang buat hati aku terharu. Walaupun ia entri lama tapi ia mampu mencoretkan seribu rasa dan sejuta keinsafan.Banyak lagi enri entri yang boleh dijadikan teladan. Nanti ada masa, korang selongkar lah Blog Nazri yer. Hehe.

Sumber : Blog Nazri

p/s : Syukurilah setiap nikmat yang kita perolehi. Apa yang kita ada, tak semestinya orang lain ada.