Tag Archives: membujur lalu melintang patah

2 Hari Blog Tak Update, Tetiba Dapat PR2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama aku tinggalkan Pondok Kecil ni. Tetamu pun macam biasa la. Bila dah tuan rumah tak adakan majlis makan dan santai, sedikit je la yang sudi singgah di halaman Pondok Kecil. Hehe. Tak apa la. Janji tetamu setia selalu jer singgah di Pondok Kecil. Terima kasih semua.

Setelah berjaya menang tempat pertama hadiah saguhati Top Up dari contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Pondok Kecil? anjuran Jebeng Otai, aku menyepi seketika. Berangan apakah aku akan jadi juara pula untuk contest Eyriqazz vs Denaihati anjuran Eyriqazz.

Perasaan gembira terasa dihati bila diumumkan sebagai pemenang saguhati. Tak sangka dapat habuan juga Pondok Kecil walaupun entri yang dihasilkan tak la menarik sangat. Inilah yang dinamakan rezki. Membujur lalu melintang patah. Haha. Hajat dihati, duit tu nak simpan biar banyak sikit lepas tu aku nak anjurkan contest. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni juga. Kalau tak ada rezki, bawa ke tahun depan. Hehe.

Sumber : Blog Jebeng Otai

Continue reading