Tag Archives: mood blogging

Pondok Kecil Seusia 63 Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedar tak sedar sudah 63 hari usia Pondok Kecil. Terasa cepat masa berlalu. Seiring dengan perubahan yang terdapat pada Pondok Kecil. Aku tahu banyak lagi yang perlu aku lakarkan dalam halaman Pondok Kecil ini agar ia menjadi salah satu halaman yang akan memberi kepuasan, ketenangan dan kedamaian kepada pengunjung Pondok Kecil.

Namun untuk mencapai kejayaan sebegitu, banyak lagi yang perlu aku belajar. Dan banyak juga masa yang akan aku habiskan untuk Pondok Kecil ini. Tapi tak apa la. Tak salah masa yang dibazirkan untuk membuat perkara yang berfaedah. Kan?

Antara pengalaman dan kenangan manis selama 63 hari usia Pondok Kecil adalah sewaktu peningkatan traffic yang mendadak dan aku sendiri sukar untuk memikirkan bagaimana ia terjadi. Siapa tak gembira kan. Satu-satunya yang boleh bagi mood untuk aku terus berblogging adalah traffic pengunjung. Makin ramai yang datang melawat Pondok Kecil, makin bersemangat untuk aku berblogging. Hehe.

Traffic Pondok Kecil

Tapi semua tu hanyalah sementera. Ibarat barang pinjaman yang perlu dipulangkan kepada pemiliknya semula. Korang boleh tengok gambar diatas tu. Statstik pelawat Pondok Kecil sebelum ni meningkat dengan mendadak. Tapi dua tiga hari ni makin slow, dan hari ni amat slow. Hehe.

Bila pulak dapat merasa peningkatan traffic macam sebelum ni. Haiya. Puas doh pikir kat mana tak kena lagi. Tak apa la. Redha jer dengan apa yang ada. Lambat laun naik la dia. Hehe.

Pondok Kecil Facebook

Facebook Pondok Kecil