Tag Archives: pagerank blog

Sayonara 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sayonara 2013. Nak sedih ke tak ni ekk? Haha. Kalau zaman sekolah dulu, memang rasa sedih gak kalau sebut “SAYONARA”. Yer la. Perkataan tu merupakan perkataan keramat untuk menggambarkan keadaan sedih kerana akan berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan. Berpisah untuk meneruskan halatuju dalam hidup masing-masing.

sayonara 2013

Continue reading

Tips Untuk Semangat Dalam Blogging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blogging merupakan dunia kehidupan yang penuh dengan cabaran dan rintangan. Setahun lebih terjebak dalam dunia blogging, banyak sungguh dugaan yang diterima. Kecewa, putus asa, kering idea, buntu dan segala macam lagi pernah singgah mewarnai kehidupan aku dalam dunia blogging. Sedikit sebanyak semua itu memberikan aku pengalaman baru antara aku dan Pondok Kecil.

facebook dan tips untuk semangat dalam bloggingFacebook Pondok Kecil

Continue reading

Sukanya Korang Pagerank Blog Naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukanya korang kan pagerank blog naik. Kan?

Serius…

Aku memang kecewa dalam sehari dua ni. Sebab apa? Sebab PR blog Pondok Kecil dah turun satu anak tangga. Dulu dianugerahkan PR2. Kini PR2 dan hilang dan digantikan dengan PR1. Korang tak tahu apa itu PR? Dalam bahasa yang mudah untuk korang fahami, PR tu ialah Pagerank. Apa tu pagerank? Korang boleh google sendiri. Kahkahkah.

pagerank blog naik

Continue reading

Top Komentator Ogos 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Ogos dan berlalu dengan begitu pantas sekali. Bulan yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Warna-warni dek tempias Ramadhan dan Syawal. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan-Nya dan sekaligus dapat mewarnakan lagi kehidupan dalam dunia blogging. InsyaAllah matlamat pondok kecil, pencapaian bulan September lebih baik dari bulan Ogos. Mana tidaknya, bulan Ogos adalah bulan yang paling mendukacitakan dari segi prestasi dan pencapaian blog. Tak sama macam bulan-bulan sebelumnya.

Bulan Ogos merupakan bulan penurunan ranking Alexa pondok kecil. Bulan Ogos juga menunjukkan penurunan statistik dari segi pelawat dan pageviews. Tapi tak apa lah. Penurunan disebabkan itu aku tak kisah sangat sebab memang salah aku pun tak bagi tumpuan pada pondok kecil. Dari segi kaki komen ada sikit peningkatan. Persaingan yang sihat ditunjukkan dalam merebut takhta untuk berada di halaman pondok kecil. Terima kasih pada semua yang sudi meninggalkan komen di setiap cerita dalam pondok kecil. Tanpa korang semua, siapa lah pondok kecil dalam dunia blogging.

Aku hampir terlupa tentang top komentator ni. Akibatnya aku sedikit kalut dalam mencari siapakah pengomen terbanyak untuk bulan Ogos tu. Akhirnya aku selongkar balik widget top komentator dan setting balik tarikh dia. Dan akhirnya aku jumpa jugak pemenang nya. Pemenangnya adalah blog Hatiputera. Terima kasih yer sebab jadi juara top komentator di pondok kecil. Dan hadiahnya, jeng… jeng… jeng…

Continue reading