Tag Archives: pagerank pondok kecil

Macam Mana Nak Mengekalkan Pagerank Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah Pondok Kecil mendapat status Pagerank 2, terasa jugalah dihati macam mana nak meningkatkan PR sedia ada kepada PR yang lebih baik. Macam mana nak mengekalkan pagerank sedia ada agar tidak sesekali turun. Aku tahu mood aku untuk berblogging sekarang ni ada sedikit ketidakseragaman dari segi emosi, ideal dan masa. Haha.

Lepas sahur tadi aku berfikir macam mana nak mengekalkan pagerank blog. Terus aku plugin modem broadband. Tapi frust teramat sangat sebab line slow. Sekaligus mematahkan semangat aku untuk terus selongkar halaman google. Kalau ada pilihan kedua yang lebih baik, dah lama aku fired broadband ni. Haha.

Pagi ni aku search lagi berkenaan dengan keyword macam mana nak mengekalkan pagerank blog. Tapi hati aku terus beralih arah bila terjebak kedalam beberapa artikel seperti gambar diatas. Aku tertarik dengan tips yang diberikan oleh owner blog mialiana.com. Sangat bagus bagi mereka yang sedang ketandusan ideal untuk kemaskini blog. Hehe. Dan macam biasa fikiran aku terus teringat pada entri Denaihati yang bertajuk Ideal Untuk Blogger Baru.

Continue reading

2 Hari Blog Tak Update, Tetiba Dapat PR2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama aku tinggalkan Pondok Kecil ni. Tetamu pun macam biasa la. Bila dah tuan rumah tak adakan majlis makan dan santai, sedikit je la yang sudi singgah di halaman Pondok Kecil. Hehe. Tak apa la. Janji tetamu setia selalu jer singgah di Pondok Kecil. Terima kasih semua.

Setelah berjaya menang tempat pertama hadiah saguhati Top Up dari contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Pondok Kecil? anjuran Jebeng Otai, aku menyepi seketika. Berangan apakah aku akan jadi juara pula untuk contest Eyriqazz vs Denaihati anjuran Eyriqazz.

Perasaan gembira terasa dihati bila diumumkan sebagai pemenang saguhati. Tak sangka dapat habuan juga Pondok Kecil walaupun entri yang dihasilkan tak la menarik sangat. Inilah yang dinamakan rezki. Membujur lalu melintang patah. Haha. Hajat dihati, duit tu nak simpan biar banyak sikit lepas tu aku nak anjurkan contest. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni juga. Kalau tak ada rezki, bawa ke tahun depan. Hehe.

Sumber : Blog Jebeng Otai

Continue reading