Tag Archives: pantai air tawar besut

Merdeka Raya 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni adalah sambutan untuk Merdeka Raya 2012 Daerah Besut. Lebih 30,000 penduduk hadir untuk memeriahkan majlis ini di Pantai Air Tawar, Besut. Tidak terkecuali juga isteri aku turut bersemangat meninggalkan aku dan anak untuk menyertai perarakan Merdeka Raya ini. Haha. Jadi master mama la aku hari ni. Semalam meriah juga bandar jerteh dengan perarakan kereta berhias. Aku tak sempat nak snap gambar berkenaan dengan perarakan kereta berhias ni.

Kalau tak mesti dah meletop pondok kecil dengan berita macam ni. Haha. Banyak ragam dan banyak celoteh yang aku dengar dari perarakan kereta berhias ni. Yang penting semua penduduk meriah dalam memberikan semangat kepada mereka yang terlibat.

Ni cuma sebuah jer. Masih banyak yang aku terlepas peluang snap gambar. Huhu.

Continue reading