Tag Archives: pantai bukit keluang

Mencari Semangat @ Pantai Bukit Keluang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mencari semangat menulis blog @ Pantai Bukit Keluang. Sebelum aku meneruskan cerita ni, aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan pagerank Google. Semoga dengan penganugerahan ini, semakin bersemangat jiwa korang semua untuk terus berkarya dalam arena blogging. Pondok kecil belum ada rezeki lagi nak dapatkan PR3 ni. InsyaAllah di lain masa, akan berusaha untuk mendapatkan PR3 ni. Oleh yang demikian, aku cuba mempelajari beberapa tips untuk meningkatkan pagerank. Bagi mereka yang belum berjaya menambat hati Google, boleh la pelajari dan amalkan tips yang berkaitan dengan pagerank ini.

Sebenarnya aku cuba mencari idea dan semangat untuk mula menulis seperti biasa. Aku rasa semangat aku telah pudar kerana banyak sangat mencari idea dan mengerahkan minda dalam menyiapkan artikel contest yang aku sertai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa dugaan yang datang menguji kesabaran. Musim cuti sekolah tiba lagi. Dan macam biasa aku akan menjadi master mama untuk tempoh 3 minggu kerana isteri mempunyai urusan kerja sempena musim cuti ni. Beginilah pengorbanan seorang suami yang mithali.

Continue reading