Tag Archives: patah tangan dan kaki

Apa Cerita Ni Pengasuh Oiii!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bayi 3 bulan didera pengasuh. Tajuk berita yang menyayat hati. Ntah dimana letaknya perasaan dan naluri kewanitaan yang sememangnya terkenal dengan sifat keibuan. Sifat penyayang, lemah lembut, dan sebagainya.

Bila terbaca berita ni dekat harian metro (2 Julai 2012) terus hati aku sebak. Aku sebagai lelaki kacak yang gagah perkasa hati naluri ni pun rasa sedih juga bila mengenangkan nasib si anak kecil ini. Apala dosa anak kecil ni ye. Sampai hati korang buat macam tu. Kalau lah yang jadi tu anak korang, agak-agaknya korang bakar tak rumah pengasuh tu?

Sumber : Harian Metro Online

Kesian kan tengok baby ni. Kita orang tua ni pun bila patah kaki, amat terasa akan deritanya.

Sumber : Harian Metro Online

Nak tahu lebih lanjut lagi, baca la disini.

p/s : Sayangilah anak-anak sebab mereka hadir dalam hidup ini bukan untuk di perlakukan sebegini.