Tag Archives: pelajaran percuma baguskah

Betul Jugak Cerita Dalam Entri Denaihati Tu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman melihat suasana pembelajaran murid di sekolah adalah satu pengalaman yang penuh bermakna. Melihat suka dan tawa anak-anak dalam pembelajaran amatlah membawa seribu kemanisan dan mengukir sedikit senyuman di wajah aku. Melihat tingkah laku mereka yang tidak logik tu, sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa beginilah keadaaan aku sewaktu bergelar murid sekolah rendah beberapa tahun yang lepas.

Sumber : Google

Perangai murid sekarang ni dah tak sama seperti zaman aku dahulu. Sekarang tiada lagi batas pertuturan diantara murid dengan cikgu. Tiada langsung penghormatan yang diberikan. Ntah la zaman anak aku nanti macam mana pula. Tapi tak semua murid berperangai macam tu. Ada juga yang bagus-bagus. Hehe.

“Selamat pagi Cikgu”

Sewaktu aku melaporkan diri ke sekolah minggu lepas, aku terkejut bila sorang murid tu panggil aku cikgu. Haha. Aku dengan selamba senyum jer. Tak leh bayang macam mana perasaan hari tu. First time dipanggil cikgu. Memang seronok sangat. Rasa cam nak jadi cikgu jer. Hehe.

Sumber : Google

Beberapa jam aku berada di makmal komputer sekolah memerhatikan tingkah laku cikgu dan murid, tetiba aku teringat akan entri yang pernah aku baca di blog Denaihati.

Dari pandangan aku, aku bersetuju dengan entri ni. Tak tau la silap kat mana, salah siapa, dan bagaimana ia terjadi aku pun tak pasti. Yang aku tahu, sistem pendidikan sekarang ni tak nampak kearah melahirkan insan yang berpendidikan tinggi.

Sumber : Google

p/s : Apa korang rasa tentang pendidikan di Malaysia hari ini?